Baru sahaja reda dengan gambar yang dimuat naik oleh selebriti Iqram Dinzly yang menari sambil melakukan adegan panas, semalam Iqram sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila dia telah memuat naik sebuah gambar di Instagram nya yang memperlihatkan dia tanpa seurat benang dan hanya menutup kemaluannya dengan anak patung beruang.

Netizen Harap Iqram Jumpa Pakar Kaunseling 

Dalam pada itu, rata-rata netizen mengecam tindakan Iqram yang memuat naik gambar seumpama itu dan turut membuat membuat aduan kepada Instagram sehingga gambar tersebut padam dari akaunnya. Dalam pada itu, tidak kurang juga ramai yang bersimpati dengan keadaan Iqram selain mengharapkan pelakon ini dapat berjumpa dengan pakar kaunseling.

BACA  Ini Alasan Akaun Instagram Iqram Dinzly Disekat Untuk Selamanya

Iqram Tunjuk Sebab Muat Naik Gambar Separuh Bogel 

Terbaru, Iqram juga menerusi laman Instagram nya telah menjelaskan sebab disebalik niatnya memuatnaik gambar berkenaan. Jelas Iqram, dia berbuat demikian adalah kerana ingin melihat sikap netizen yang sering mengecamnaya sedangkan dalam masa yang sama dia memerlukan bantuan untuk menjelaskan beberapa hutangnya yang tertunggak termasuk bayaran penalti yang dikenakan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebanyak hampir RM80 ribu.

Dalam masa yang sama, Iqram turut bersyukur kerana diberi peluang untuk meliht pelbagai kebenaran yang telah terbukti sepanjang dia ‘menjadi perhatian’ netizen untuk beberapa ketika lalu. Barangkali, Iqram memerlukan bantuan yang sewajarnya daripada pihak tertentu selain sokongan moral yang kuat daripada peminat. Semoga bertabah Iqram!

BACA  Jadi 'Abam Polis' Dalam Nur 2, Ini 10 Foto Sefik Khair Yang Buat Ramai Gadis 'Cair'