Bercakap mengenai Cik Epal, blogger popular ini sering kali tular setiap kali berkongsi mengenai sesuatu termasuk kisah peribadi nya. Bermula dengan kisah berat badannya, alat kosmetik hinggalah kejutan dari suaminya, perkongsian dari Cik Epal atau nama sebenarnya Nur Munirah Mahmood sering kali memberi inspirasi buat netizen di luar sana.

Buat Dua Kejutan Untuk Suami Tercinta 

Jika dahulu suaminya yang dikenali sebagai Jofliam membuat kejutan buat Cik Epal, kini selebriti media sosial ini pula memainkan peranan membuat kejutan bersempena dengan hari lahir Jofliam baru-baru ini.

Pelbagai kisah menarik di sebalik kejutan yang dibuat Cik Epal. Bermula dengan jantina bakal anak kedua mereka yang disahkan sebagai bayi perempuan, Cik Epal turut membuat satu lagi kejutan besar dengan menghadiahkan suaminya sebuah kereta sport jenama Ford Mustang 5.0 GT berwarna kuning. Berdasarkan carian terkini kami, harga kereta tersebut mencecah lebih dari setengah juta,

Perkongsian Cetus Inspirasi 

Menurut perkongsian Cik Epal, tujuannya berkongsi video dan pengalamannya membuat kejutan pada Jofliam bukanlah kerana ingin menunjuk.

BACA  7 'Mak Nyah' Paling Kaya Di Dunia, Ada Yang Disenaraikan Oleh Forbes

Sebaliknya, selain menghargai pengorbanan suaminya, dia juga mahu memberi inspirasi kepada ramai orang diluar sana tiada apa yang mustahil untuk memenuhi impian. Malah Cik Epal yang juga sedang mengusahakan perniagaan berasaskan produk kesihatan bersama suaminya begitu gembira kerana berjaya memenuhi impiannya selama ini yang ingin menggembirakan keluarga tercinta. Benar-benar menginspirasikan!