Pemandangan daun-daun musim gugur yang jatuh, diiringi dengan suara monolog mengingatkan kita pada suatu filem cinta, Mohabbatein. Tak lekang oleh panas, tak lapuk oleh hujan, filem ini tak pernah rasa jemu untuk ditonton banyak kali. Filem Bollywood garapan pengarah Aditya Chopra ini memang sempat meletop dan pernah ditayangkan di Malaysia beberapa kali.

Filem legenda ini berkisah tentang tiga remaja yang bersekolah di sekolah asrama lelaki. Suatu hari mereka jatuh cinta pada gadis di luar asrama mereka namun terhalang oleh dinding peraturan sekolah Gurukul yang dibuat oleh pengetua sekolah, Narayan Shankar (Amitabh Bachchan).

Namun suatu hari seorang guru baru datang ke Gurukul, Raj Aryan Malhotra (Shah Rukh Khan). Ia datang dan berniat untuk mengubah peraturan dan melembutkan hati pengetua sekolah, serta mendorong para remaja tersebut untuk mengejar cinta mereka.

BACA  4 Pelakon Terbaik Berjaya Bawa Watak OKU Dalam Drama !

Filem ini dikeluarkan pada tahun 2000 dan meraih Box Office di India. Nah, sekarang setelah hampir 20 tahun berlalu, bagaimana dengan perkembangan 3 pelakon remaja tersebut?

1Uday Chopra

Jejaka kacak ini memegang watak sebagai salah satu pelajar Gurukul yang bernama Vikram Oberoi atau Vicky. Vikram adalah seorang lelaki kaya yang sedikit nakal namun berhati melankolis.

Setelah 17 tahun berlalu dia dikenali sebagai selebriti yang aktif di Twitter dan sangat lucu di media sosial tersebut.

BACA  Perkahwinan Kedua Radhi OAG Diambang Kehancuran?

2Jimmy Shergill

Mohabbatein boleh dikatakan sebagai filem yang membawa karier lakonannya melonjak hingga sekarang. Berperanan sebagai Karan Chaudry yang jatuh cinta pada seorang janda bernama Kiran.

Saat ini dia masih aktif di dunia lakonan dan terlibat dalam beberapa judul filem top Bollywood seperti Tanu Weds Manu, Munnabhai M.B.B.S., dan A Wednesday.