Menjadi perhatian apabila muncul dengan gambar separuh bogel di laman sosial Instagram sejak beberapa hari yang lalu nama Iqram Dinzly kini terus menjadi sebutan.

Baru-baru ini peminat pelakon ini tertanya-tanya mengenai ketiadaan akaun Instagram pelakon yang pernah popular melalui drama bersiri Dunia Baru. Menurut perkongsian dari seorang pengguna Instagram, akaun Iqram mempunyai hampir 65,000 pengikut itu sudah disekat daripada terus diakses oleh pihak Instagram.

Ini susulan laporan dari netizen atas pelanggaran peraturan media sosial itu. Mungkin ramai membuat laporan terhadap gambar bogel yang dimuat naiknya itu.

Ini bukan kali pertama, sebelum ini akaun terdahulu beliau yang mempunyai hampir 780,000 juga disekat oleh pihak Instagram.

BACA  [VIDEO] Iqram Dinzly Rakam Aksi Ghairah Dengan Hanya Bertuala