Setiap orang mempunyai caranya tersendiri untuk membahagiakan ibu bapa masing-masing. Begitu juga dengan pelakon Anzalna Nasir dan suaminya Muhamad Hanif Mohamad Zaki. Kali ini dia telah menyediakan hadiah yang sungguh istimewa untuk ayahnya yang tersayang.

Bercerita panjang di laman sosial Instagram miliknya, Anzalna berkata, kebahagiaan itu bukan di atas kekayaan, dan tidak akan jatuh miskin jika kita menolong kedua ibu bapa.

“Tak perlu tunggu kaya untuk membahagiakan kedua ibu bapa kita. Kebahagiaan itu bukan terletak pada ‘benda’ yang kita beri, akan tetapi bersandar di atas sebuah tulus ingatan. Terlalu banyak pengorbanan mereka dalam membesarkan kita. Sebagai anak, jangan sesekali kita lupa untuk terus berbakti kepada mereka walaupun kita sudah ada kehidupan sendiri.

“Always remember this, kebahagiaan itu bukan di atas kekayaan, dan tidak akan jatuh miskin jika kita menolong kedua ibu bapa. Jangan pernah takut untuk memberi. Santunilah Ibu bapamu sementara mereka masih ada.”- tulisnya di Instagram

Untuk menghadiahkan kereta tersebut dalam bentuk kejutan, Anzalna dan keluarganya telah berpakat untuk mengajak bapanya ke sebuah pusat pameran kereta. Bapanya fikir mereka ke situ untuk bersama-sama keluarga melihat kereta yang bakal dimiliki oleh Anzalna.

BACA  Demi Kaum LGBTQ, Taylor Swift Beri Wang RM463 Ribu

Anzalna segera mengekori dan sambil mendekati, dia menyerahkan kunci kereta kepada bapanya. “Ini kereta untuk ayah.” ujar Anzalna dengan gembiranya. Bapanya tidak terkata apa-apa kerana terlalu terkejut dan tidak menyangka kereta Mercedez Benz Mewah itu adalah miliknya.