Hampir sebulan penyanyi kumpulan Dewa 19, Ahmad Dhani dipenjara dan isterinya Mulan Jameela meluahkan rasa rindu terhadap suaminya itu.

Menerusi laman Instagram Mulan, beliau memuatnaik sekeping gambar bersama anak lelaki hasil perkahwinannya dengan Dhani, Ahmad Syailendra Aerlangga. 

Dalam foto itu, Dhani dilihat mendukung Syailendra yang kelihatan sebak manakala Dhani dilihat mencium kaki Syailendra.

“Ayah: Kakinya sakit? Ayah ciumin ya…cup cup jangan nangis…,” tulisnya ringkas.

Terdahulu, vokalis terkenal itu ditahan di Rumah Tahanan Medaeng, Surabaya selepas dipindahkan dari Rumah Tahanan Cipinang, Jakarta Timur.

Ketua kumpulan Dewa 19 yang juga gitaris utamanya, Ahmad Dhani dihukum penjara 18 bulan selepas disabitkan kesalahan atas tuduhan menyebarkan kata-kata kebencian di laman sosial menerusi perbicaraan yang berlangsung di Mahkamah Jakarta Selatan, 28 Januari lalu.

Hangat.com berharap agar seluruh keluarga Ahmad Dhani tabah mengharungi dugaan kecil ini. Semoga Ahmad Dhani dapat dibebaskan dari penjara secepat yang mungkin, in shaa Allah.