Sejak melancarkan muzik video lagu “Drama” pada 15 Februari lalu, kumpulan penyanyi Drama Band diserang bertubi-tubi oleh netizen yang mempertikai jalan cerita dipaparkan seperti mempersenda beberapa selebriti yang pernah berdepan kontroversi.

Muzik video itu mendapat perhatian bekas juara Dewi Remaja 2018/2019, Haneesya Hanee dan penyanyi, Haqiem Rusli mengakui, terkesan dengan babak dipaparkan.

Malah, segelintir netizen mengecam tindakan kumpulan itu yang disifatkan seperti sengaja menangguk di air keruh untuk meraih publisiti murahan dengan menggunakan kontroversi artis lain.

Aepul berkata, walaupun mendapat pelbagai maklum balas, mereka tetap bersyukur kerana lagu itu menerima sambutan positif peminat di YouTube.

“Biarpun dikecam, ramai yang memberikan komen, mereka suka dengan lagu itu. Tidak kurang yang menyifatkan, mesej lagu kami menarik, cuma tidak selesa dengan konsep muzik video. Tidak mengapa, kami terbuka dengan kritikan

“Kalau ada yang terasa hati, kami minta maaf,” kata vokalis kumpulan Drama Band, Aepul.

Katanya, kumpulan itu tidak berniat menyindir mana-mana selebriti sekaligus memberitahu jalan cerita adalah rekaan semata-mata.

“Niat kami hanya untuk menyampaikan cerita, namun peminat beranggapan ia berkait rapat dengan kontroversi yang pernah melanda industri hiburan.

“Kami tahu ramai yang kurang senang dengan paparan dalam klip video ini. Saya ingin tegaskan lagi, kami tidak menggunakan isu kontroversi sebagai modal untuk mempromosikan lagu ini”, Kata Aepul kepada BH Online.

https://www.youtube.com/watch?v=pLK0TY4w-uM

Tambah Aepul, muzik video berkenaan datang dengan mesej tersendiri jika difahami dengan betul.

“Ia dapat dilihat menerusi karakter badut yang cuba menutup keburukan dengan menggunakan watak sensasi di sekelilingnya.

“Orang tidak sedar keburukannya kerana terlalu memberi fokus kepada isu panas yang diperkatakan. Masyarakat tidak nampak peranan badut itu yang cuba mengelirukan kerana lebih tertumpu kepada kisah sensasi”, tambah Aepul lagi.

Sebelum ini, Drama Band ada memuatnaik kapsyen memberitahu jalan cerita dalam muzik video ini adalah secara kebetulan sahaja. Hangat.com berharap agar netizen jangan terlalu cepat melatah, tetapi kaji selidik dahulu apa yang cuba disampaikan dalam musik video tersebut.

BACA  Haneesya Hanee Dikecam Gara-Gara Kelihatan Terlalu Matang

Hangat.com mendoakan agar Drama Band akan terus maju jaya dalam karier mereka di tanah air. Banyakkan lagi lagu-lagu yang boleh jadi viral seperti lagu Drama ini.