Menerusi laman Instagram, pelakon Fasha Sandha telah memuat naik gambar yang menunjukkan dirinya sedang menemani tunangnya yang juga pelakon, Aidil Aziz mengikuti kursus perkahwinan dan video paparan nota suara perbualan Aidil dengan anaknya.

Mendengar pada perbualan mesej bersuara itu, anak-anak Fasha iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemyma meminta ‘baby’ daripada tunangnya. Mesej itu dibalas dengan mesra oleh Aidil: “Sabar ye, sayang. Sabar, okay?”.

View this post on Instagram

♥️

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Dalam perbualan itu juga, Aidil menerangkan kepada kedua-dua anak Fasha bahawa prosesnya memakan masa sembilan atau 10 bulan dari sekarang.

Video berdurasi empat minit 12 saat itu ditonton lebih 214,500 kali sejak dimuatnaik dan menerima hampir 300 komen daripada pengikutnya di laman Instagram.

Dalam laporan sebelum ini, Fasha memberitahu bahawa dia dan Aidil melakukan persiapan secara sederhana menjelang majlis perkahwinan mereka yang akan berlangsung pada penghujung Mac nanti.

Hangat.com mendoakan agar segala persiapan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan, in shaa Allah. Aamiin.