Seperti biasa, bintang-bintang Hollywood yang hadir dalam Piala Oscar 2019 pasti akan tampil dengan berbagai-bagai rupa dan kejutan. Seperti yang dilakukan oleh aktor Billy Porter di karpet merah sebelum acara berlangsung yang diadakan di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat, Isnin (25/2.)

Seperti ramai lelaki lainnya yang menghadiri Piala Oscar 2019, Billy Porter hadir dengan mengenakan atasan tuksedo warna hitam. Namun bezanya, tuksedo ini berbentuk gaun, dengan bahagian bawah yang mengembang.

Penampilan Billy Porter di Oscar 2019 ini tentu saja membuat heboh, baik media mahupun orang ramai. Banyak media memuji penampilan Billy Porter yang tampil dengan berani di anugerah berprestij ini.

BACA  Justin Bieber Jawab Tuduhan Hailey Baldwin Pernah Tidur Dengan Shawn Mendes