Semalam, telah berlangsungnya konsert kumpulan korea terkenal, Blackpink di Stadium Malawati Shah Alam. Konsert yang berlangsung dua hari bermula sabtu, 23 Februari itu mendapat liputan meluas apatah lagi ini merupakan kali pertama kumpulan itu bertandang ke Malaysia.

Kredit Foto: YG Entertainment

5 Perihal Konsert Blackpink Di Malaysia

Di sebalik kerancakan konsert yang berlaku, terdapat beberapa perihal menarik di Stadium Malawati! Ada yang membuatkan peminat teruja dan tidak kurang juga terdapat khabar berita yang kurang enak. Hangat.com rangkumkan 5 perihal tersebut.

5Ada Yang Tidak Dapat Masuk!

Mungkin ramai yang teruja untuk ke konsert sulung Blackpink di Malaysia! Namun begitu, di sebalik keterujaan tersebut terdapat khabar sedih buat sesetengah peminat Blackpink yang dikenali sebagai Blinks. Manakan tidak, ada segelintir Blinks termasuk pengamal media sosial tidak dapat masuk ke dalam stadium kerana terlewat beberapa minit dari waktu konsert berlangsung!

Biarpun hanya beberapa minit, namun pihak penganjur membuat keputusan untuk bertegas dengan waktu yang ditetapkan. Kami turut bersimpati buat mereka yang tidak masuk. Mungkin selepas ini, anda boleh berpegang pada prinsip ” be on time technically consider as late” 

416,000 Peminat Membanjiri Stadium

Selama dua hari penganjurannya, dikhabarkan terdapat 16,000 Blinks membanjiri Stadium Malawati Shah Alam. Meskipun konsert nya bermula di sebelah petang, malah peminat terlebih dahulu berkampung di kawasan persekitaran stadium seawal pagi. Percaya atau tidak, peminat dari Sabah, Sarawak dan negara jiran juga sanggup berkampung disini demi Blackpink!

3Sanggup Tunggu Di Lapangan Terbang

Jika itu di stadium, kemeriahan turut dirasai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bagi mengiringi keberangkatan tiba dan pulang kumpulan yang popular dengan lagu Ddu-Ddu-Ddu ini. Tidak cukup dengan itu, ada yang sanggup mengambil cuti bagi melihat sendiri di hadapan mata kumpulan kesayangan mereka ini.

2Jadi Topik Hangat Selebriti Tanah Air

Biarpun konsert itu berlangsung dengan meriahnya, Blackpink turut menjadi bualan hangat di kalangan selebriti tanah air. Isu tersebut melibatkan pelakon Abby Abadi dan Caprice yang berdebat mengenai kumpulan penyanyi itu.

1Persembahan Solo Penyanyi Kumpulan Blackpink

Berdasarkan info yang kami terima, Blackpink telah menyanyikan hampir 20 lagu sepanjang 2 jam konsert ini berlangsung.

Selain dari persembahan lagu-lagu hits mereka, Blackpink yang dianggotai oleh Jennie, Lisa, Rose dan Jisoo ini turut tampil membuat persembahan solo yang cukup mengagumkan!