Sebelum ini, pelakon Fazura telah menjadi duta produk kepada Q Tab, sebuah produk untuk kesihatan rambut, kulit dan kuku. Namun begitu, timbul dakwaan dari pihak syarikat terbabit yang mendakwa Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin tidak menjalankan tugas selaku duta dengan sewajarnya seperti dimeterai dalam perjanjian.

Maydan Tuntut Kembali Wang Sejumlah RM156,000

Gambar sewaktu Fazura dipilih menjadi duta

Justeru itu, pemilik syarikat produk kecantikan dan kesihatan Maydan Trading, Norhamdan Abdul Malek telah memfailkan saman terhadap aktres itu dan Universal Music Sdn. Bhd. bagi menuntut kembali wang sejumlah RM156,000 . Jumlah tersebut merupakan bayaran yang sudah dibayar kepada Fazura untuk menjadi duta produk mereka. Dalam prosiding tersebut, Maydan Trading selaku plaintif kes itu memfailkan saman kepada Fazura selaku defendan pertama dan Universal Music selaku defendan kedua pada 16 Disember 2017.

Tuntutan Pada Fazura 

Dalam pada pada itu, menurut Norhamdan pada awal Ogos 2017, dia telah menandatangani Helaian Terma dan membuat bayaran awal sebanyak RM100,000 pada perjumpaan yang diadakan di The Curve, yang dihadiri oleh Fazura, Iman Tang, dua anak perempuannya, Marliya Narhamdan dan Mardina Narhamdan.

Malah dalam pernyataan tuntutan sebelum ini, perkhidmatan yang harus dibuat oleh Fazura adalah memasarkan produk terbabit secara besar melalui platform media sosial, terutamanya di Instagram milik Fazura yang membabitkan 12 postings.

Malah, Fazura juga perlu membuat lima penampilan secara umum, penampilan tunggal pada sidang akhbar serta sesi pengambilan gambar dan video bagi kegunaan plaintif dalam pemasaran produk. Namun begitu pada akhir September 2017 Fazura telah melancarkan dan memasarkan produk kecantikan dan kesihatan miliknya iaitu Trudolly TruBeauty.

Alami Kerugian 


Akibat daripada itu, pelanggaran berlaku dalam pemasaran kedua-dua produk itu menyebabkan plaintif mendakwa mengalami kerugian. Dalam perkembangan lain, Fazura menafikan bahawa dirinya ada memasuki sebarang perjanjian dengan plaintif (Maydan). Apa pun kami di Hangat.com mendoakan agar kes ini dapat diselesaikan dengan baik.