Dalam minggu ini agak kecoh mengenai perdebatan antara bekas anggota kumpulan EliteAbby Abadi dan peminat fanatik BLACKPINK. Abby pada awalnya hanya meluahkan rasa hairan bahawa tiada siapa yang peduli untuk membantah konsert kumpulan K-pop Blackpink pada hujung minggu lalu di Stadium Melawati, Shah Alam.

Namun gara-gara sikap segelintir peminat tegar BLACKPINK dan juga sebahagian media yang memutar belitkan kenyataan, Abby terus di kecam malah difitnah teruk di media sosial.

Sebelum hal ini boleh mengundang fitnah besar dari orang ramai, berikut merupakan kronologi bagaimana bermulanya kes ini berlaku.

Julai 2016 – Konsert Selena Gomez di Bantah

Jika kita imbau kembali beberapa tahun yang lalu, Pemuda PAS pernah membantah penganjuran konsert bintang pop antarabangsa, Selena Gomez yang diadakan di Stadium Melawati Shah Alam pada 25 Julai 2016. Menurut laporan dari Mstar , mereka menganggap kemunculan artis kelahiran Amerika Syarikat yang sering berpakaian seksi itu.

23 Februari 2019 – Konsert Blackpink In Your Area Kuala Lumpur

Dilokasi yang sama, di Stadium Tertutup Malawati, kumpulan Kpop  terkemuka Korea, Blackpink, mengadakan Konsert Blackpink In Your Area Kuala Lumpur. Difahamkan konsert ini meraih sambutan luar biasa apabila tiket habis disambar peminat tidak sampai dua hari kaunter dibuka, sekali gus mendorong pihak terbabit ‘mengikat’ Blackpink untuk konsert kedua di lokasi sama pada hari berikutnya, 24 Februari 2019.

24 Februari 2019 – Abby Abadi Hairan Tiada Bantahan Untuk Konsert BLACKPINK

Selepas konsert itu diadakan, dalam instagram, Abby sekadar bertanya kepada pengikutnya tentang garis panduan pemakaian artis luar selepas kuartet Korea Selatan, BLACKPINK, tampil dengan pakaian yang didakwa mencolok mata dalam konsert mereka.

Abby hanya merasa hairan, mengapa tiada yang membuat bantahan tentang perkara itu, sedangkan kehadiran Selena Gomez ke negara ini beberapa tahun yang lalu dibantah sekeras-kerasnya sampai buat solah hajat depan stadium.

24 Februari 2019- Peminat BLACKPINK Panas Punggung

Emosi dengan kenyataan Abby, rata-rata peminat tegar BLACKPINK tidak berpuas hati dengan kenyataan Abby terhadap kumpulan Kpop kesayangan mereka. Selain memutarbelitkan fakta dan mesej yang disampaikan oleh Abby, peminat mengaitkan penampilan seksi Abby sewaktu dia bersama kumpulan Elite dahulu.

25 Februari 2019- Abby Abadi Selar Tindakan Portal Hiburan Manipulasi Cerita

Susulan dari kekecohan tersebut, sebuah portal hiburan telah mengeluarkan artikel yang sama sekali tidak menggambarkan kenyataan Abby di Instagram. Portal tersebut artikel bertajuk “Abby Abadi Hairan Konsert Tak Haram’ telah mengundang kemarahan Abby kerana dia langsung tidak menyatakan istilah Haram dalam kenyataannya sebelum itu.

“Tak sangka di jaja jadi berita.. ☺️Cumanya ralat sebab tukar fakta. 
Tak takut mati kaaa? Bila pulak Sy hairan BlackPink tak haram? Cerita apa ni? Buat tajuk lain dari caption Sy ni, takde rasa bersalah ke?”- katanya di Instagram

25 Februari 2019- Abby Abadi Jelaskan Mesej Yang Cuba Disampaikan

Rata-rata netizen tidak faham dengan apa yang cuba disampaikan oleh Abby dalam kenyataan berkaitan dengan konsert BLACKPINK. Sebenarnya Abby hanya meluahkan rasa tidak puas hatinya adalah sikap double standard sesetengah pihak yang hanya menguatkuasakan undang-undang pemakaian terhadap artis tertentu sahaja.

“Yang saya pertikaikan di kapsyen semalam tentang BLACKPINK ini ialah ketidaksamaan garis panduan untuk mereka dengan artis luar negara lain yang datang buat konsert ke Malaysia. Artis lain heboh dikenakan syarat begitu & begini. Disuruh berpakaian sopan walaupun mereka bukan ISLAM. Tiba-tiba Blackpink buat konsert/atas stage mcm separuh bogel. Itu yang saya pertikaikan”- jelas Abby.

25 Februari 2019- Caprice Komen Kenyataan Abby Dalam Video

View this post on Instagram

Apo @capriceofficial … 🙄 . Terima Kasih utk video ni.. rajin nau nk ulas semua isu ye.., tp Sy nak bgtau yg isu Sy yg awak ulas sampai buat video ni lari dari apa yg Sy cuba sampaikan bro… Baca dulu caption Sy yg sebelum ni ye & fahamkan betul2. Yg Sy ‘highlight’kan tentang double standard, ketidaksamaan garis panduan utk mereka ni dgn artis luar negara lain yg dtg buat konsert ke Malaysia. Artis lain dikenakan syarat begitu & begini. Disuruh berpakaian sopan walaupun mereka bukan ISLAM. Tiba2 Blackpink buat konsert/atas stage mcm separuh bogel, buleh pulak.. Apa ke zaman Elite Sy juga yg awak sembangkan? 🤔 . Pasal tertinggal bas tu, serius mmg Sy taktahu pasal Black Pink ni. Sebab tu Sy tanya mcm tu. Memandai kaitkan dgn hal lain tu dah kenapa? . Ps: Hebat dah dakwahnya tp jangan rajin sangat ulas/condem semua isu mcm awk je yg tahu semua benda k. Salam Perkenalan. Take care. Fi Hifzillah. Bang bang!

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

Luahan Abby di akaun Instagram miliknya itu mendapat reaksi Caprice yang menyifatkan tidak sepatutnya perihal pemakaian dijadikan isu besar kerana ia perkara biasa bagi sebuah konsert K-Pop.

“Contohnya, kalau anda pergi konsert artis nasyid, anda dapat lagu-lagu agama. Kalau anda ke konsert rock, anda akan lihat gaya fesyen rock dan dengar muzik sangat loud,” katanya dalam satu video reaksi di Instagram.

25 Februari 2019- Abby Tegur Caprice

Tidak hanya berdiam diri, Abby tampil memberikan respon terhadap teguran Carpice dan menyatakan rasa terkilan kerana kenyataan asal beliau sudah disalah erti. Abby menasihati Caprice untuk fahamkan dahulu apa yang beliau maksudkan sebelum memuatnaik sebarang video.

“Hebat dah dakwahnya tapi jangan rajin sangat ulas/condem semua isu macam awak je yang tahu semua benda k. Salam Perkenalan. Take care. Fi Hifzillah. Bang bang!”- balas Abby

26 Februari 2019- Abby Dituduh ‘Block’ Caprice

View this post on Instagram

Peminat2 caprice ☺️ Ni contoh kalau kita block org ye Dan belakang tu taktahu Contoh apa . Sy padam gmbr kat instastory tu Sebab malas nk layan dm Apahal Sy pulak dituduh block dia? Apa pentingnya dia dlm hidup Sy? Takde kaitan pun Ada takde Hidup Sy berjalan seperti biasa . Dia yg sibuk2 nk ulas Isu yg Sy bangkitkan kelmarin Walhal taktahu hujung pangkal Pastu nak tunjuk koya . Pastu penyokong2 dia Sibuk masuk sini Tuduh kita pulak Attention seeker Bijak bistari sungguhlah . Kesudahannya? Cukuplah caprice ye. Buat jelah hal sendiri. Sembanglah sampai di adili depan ALLAH nanti. Pengikut2 diapun, terima kasih ye ikut sama mengiyakan cerita yg takde kaitan tu. Tanggunglah bersama nanti ye. Daaaaa.. 😉

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

Susulan dari pertelagahan ini, Abby telah memuatnaik posting terbaru di Instagramnya untuk membuktikan dia sama sekali tidak menyekat atau Block akaun instagram Caprice selepas isu ini menjadi hangat. Sebaliknya akaun Abby yang telah di block seperti yang dipaparan skrin yang ditunjukkan.

“Apahal Sy pulak dituduh block dia? Apa pentingnya dia dalam hidup Saya? Takde kaitan pun, Ada takde, Hidup Sy berjalan seperti biasa”- katanya

Kesimpulannya, berhati-hatilah membaca dan mendengar apa-apa yang dikongsikan dalam media sosial. Jika tak faham, jangan pula membuat andaian palsu sampai boleh menimbulkan fitnah. Kalau tak jelas, boleh DM terus kan? Tak dinafikan sekiranya kita terlalu taksub dengan artis pujaan, pantang dijentik, memasing melenting macam habis satu kampung  nak dibakarnya. Bak kata Abby, minat artis sikit-sikit sudah. Jangan taksub. Benda-benda haram jangan dibela-bela.