“999 Jenayah Membawa Padah!”

Itulah antara bait frasa yang sering diungkapkan oleh bekas wartawan, Mazidul Akmal Sidek suatu ketika dahulu. Nama Mazidul cukup dikenali dalam dunia pengacaraan apatah lagi dia antara pengacara terawal yang menaikkan program 999.

Ramai Kenalan Datang Ziarah 

Namun pada 2014, berita yang mengejutkan buat industri, apabila Mazidul diserang angin ahmar pada Jun tahun itu dan turut menjalani pembedahan sebanyak tiga kali di bahagian kepala iaitu dua kali pada 2014 dan Ogos 2016 di Hospital Kuala Lumpur. Sejak itu, Mazidul hanya duduk berehat di rumah selain dikunjungi ramai kenalan yang datang menziarahinya termasuklah kunjungan terbaru dari produksi The Sherry Show yang turut disertai pengacaranya, Sherry Al-Hadad.

Terubat Rindu 

Menerusi perkongsian yang dimuat Sherry di Instagramnya yang memaparkan wajah terkini Mazidul, rata-rata pengikutnya berasa kasihan selain turut berterima kepada Sherry atas perkongsian tersebut. Perkongsian yang dianggap sebagai mengubat rindu wajah Mazidul di kaca televisyen turut dititipkan dengan pelbagai komen dan doa yang mendoakan kesihatan bekas pengacara itu.

Kami pasti ramai yang masih ingat dengan Mazidul bukan? Sama-sama kita doakan yang terbaik buatnya!