Beberapa hari yang lalu, usahawan selebriti terkenal Dato Seri Aliff Syukri Kamaruzzaman telah memuatnaik sebuah video di Instagram nya. Dalam posting tersebut, Aliff berkongsi mengenai keadaan bapanya yang sedang sakit dipercayai akibat serangan jantung tahap tiga dan paru-paru berair.

Bapa Datang Ke Rumah Mengadu Sakit 

Menurut Aliff, dia berasa sedih melihat keadaan bapanya yang menahan sakit selama hampir dua minggu di kampung tanpa memberitahu anak-anaknya.

View this post on Instagram

doakan abah saya selamat.. abah kena kuat saya tak puas berbakti pda abah😭😭syukri byk dosa dgn abah.. . . . Ya Allah….abah saya dtg ke rumah kelmarin cakap sesak nafas dah hampir 2minggu di kampung… .. x telefon x apa terus dia dtg…..lepas hantar ke hospital Dr cakap abah saya kena serangan jantung stage 3 dan Paru2 penuh air….doakan segala nya dipermudahkan dan abah saya kembali sihat dah 2minggu sakit katanya tapi dia kata ingat biasa2 je…..dia kalau boleh mmg x nak susahkab anak tapi kadang2 sikap dia tu membahayakan nyawa😩 dia senyap sahaja di kampung dan bila saya tngok pelik saya bawa terus gi cekup di hospital..dan trus masuk icu😢😢 sy dah cuba buat yg terbaik….. kalau tak cepat mungkin akan jadi sebaliknya….doa yg terbaik…

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Malah lebih memilukan, bapa kesayangannya itu telah berkunjung ke rumahnya dalam keadaan sedemikian barangkali kerana sudah tidak dapat tahan menahan sakit.

” Ya Allah….abah saya datang ke rumah kelmarin cakap sesak nafas dah hampir 2 minggu di kampung… .. tak telefon tak apa terus dia datang…..lepas hantar ke hospital Doktor cakap abah saya kena serangan jantung stage 3 dan Paru-paru penuh air….doakan segala nya dipermudahkan dan abah saya kembali sihat dah 2 minggu sakit katanya tapi dia kata ingat biasa-biasa je.dia kalau boleh memang tak nak susahkan anak tapi kadang-kadang sikap dia itu membahayakan nyawa.”

Bapa Meninggal Dunia 

Namun begitu, malam tadi satu perkhabaran sedih menyusuli posting berkenaan. Menurut Aliff yang diwakili setiausaha nya telah memaklumkan bahawa bapa usahawan itu telah kembali ke rahmatullah malam tadi.

View this post on Instagram

saya memgalu2 org ramai di jemput hadir… esok..majlis yg amat bermakna.. . . allah shaja tahu perasaan sy ketika ini.. sy seakaan tak .. Tak percaya abah x ada lagi…11tahun lps sy niaga pasar dia dtg teman tiap minggu…..abah lah org kuat sy yg mendengar segala masalah sy selama ini…bila saya buat dherbs dia selalu tolong saya selama hampir 4tahun…abah2 jgn tinggalkan kri2.. abahlahh tempat kri mengadu susah senang…. ….kri x sempat nak balas budi abah…….tangan abah yg berjasa mencari rezeki besarkan saya…dgn kerja kilang,pengawal keselamatan sbb kri sampai hari ni… kasih sayang abah…..sokongan abah kri tak terbalas….. . . . Saya nak jemput kepada semua sahabat2 di ig….kiranya sudi datang utk sama2 solat jenazah esok di di Masjid Makmuniah Sg.Nipah,Sg Besar,Selangor esok jam 10.00 pagi sy akan disana…..mudahan kehadiran anda dapat bersama2 solat dan mendoakan buat arwah abah saya…tenang… dan plz kongsikan kpd mereka yg berhampiran di sana..sy terpaksa buat disana demi menghormati keluarga abah sy (mak dan abah saya bercerai)

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Jelas Aliff lagi, dia begitu sedih dengan pemergian bapa tercinta kerana menganggap masih belum puas untuk membalas jasa bapanya itu. Dalam perkongsian berkenaan, dia turut menjemput semua kenalan dan pengikutnya untuk bersama-sama mendirikan solat jenazah p