Semalam, pelakon Amyra Rosli telah memuatnaik sebuah posting yang mengejutkan ramai pihak termasuk rakan-rakan artis apabila dia kelihatan ditahan di dalam wad sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur.

Amyra Ditahan Di Wad 

Selain dibanjiri dengan ucapan doa mengharapkan pelakon ini segera sembuh, ramai yang tertanya apakah punca Amyra ditahan di wad sehingga ada yang mencetuskan spekulasi mengandaikan pelakon ini sedang hamil anak kedua. Amyra telah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Amar Baharin pada 2016. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Aqeef Anaqi yang kini berusia dua tahun.

View this post on Instagram

26 Feb 2019

A post shared by Madam Amyra (@aamyrarosli) on

Nafi Sedang Hamil

Menjawab spekulasi berkenaan, Amyra menerusi satu posting terbaru di Insta-story nya menafikan dakwaan kononnya dia ditahan di wad kerana sedang hamilkan anak kedua mereka. Jelas Amyra dia masih belum beroleh rezeki untuk menimang cahaya mata kedua selain mengucapkan terima kasih kerana mendoakan yang terbaik buatnya.

Apa pun sama-sama kita mendoakan yang terbaik buat keluarga selebriti ini! Mana tahu, tahun ini Aqeef bakal menjadi seorang abang pula.