Sebelum ini kami ada mengeluarkan artikel mengenai kronologi pelakon popular Abby Abadi yang dikecam hebat oleh orang ramai gara-gara kenyataannya di Instagram terhadap konsert BLACKPINK di Malaysia. Kemudian timbul pula isu percanggahan pendapat Abby dan penyanyi Rap, Caprice.

Dalam sebuah video yang dimuatnaik di Instagram, Caprice yang didakwa telah membangkitkan isu sewaktu Abby bersama kumpulan Elite.

Ulasan yang dibuat oleh Caprice telah diselar oleh Abby menerusi satu kenyataan balas di Instagram.

Setelah kekecohan berlaku di kalangan peminat Abby dan Caprice, pelakon berusia 42 tahun itu telah memuat naik screenshot IG Caprice yang didakwa telah menyekat akaun Instagram daripada Abby.

“Ke mana menghilang? Jumpa depan Allah nanti okay. Allah Maha Adil,” tulis Abby Abadi.

Caprice Nafi Block Abby Abadi

Walaubagaimanapun, Caprice menafikan sekeras-kerasnya mengenai tuduhan yang dilemparkan oleh Abby itu. Sebaliknya, menerusi sebuah video yang dimuatnaik olehnya, Caprice telah membuktikan bahawa Abby yang telah menyekat akaun Instagramnya.

Dalam masa yang sama, Caprice meminta Abby berhenti menggunakan nama Allah dan menipu peminat.

“Bagaimana anda menggunakan nama Allah dan kemudiannya menipu dalam ayat yang sama? Saya fikir, sekarang anda sangat jelas mahu meraih perhatian. Jadi saya berikan dan dengan ikhlas, saya harap anda dapat keredhaan dari Allah”-katanya dalam video tersebut.

Apa-apa pun, kami di HANGAT mengharapkan penyelesaian yang baik dari mereka berdua. Walaupun ada berlaku salah faham antara mereka berdua, kita hanya manusia biasa dan hamba Allah yang tidak mungkin terlepas daripada melakukan kesilapan. Doakan yang baik-baik saja ya!

Artikel SebelumnyaTakziah! Bapa Aliff Syukri Meninggal Dunia
Artikel SeterusnyaMasuk Hospital! Amyra Rosli Jawab Dakwaan Hamil Anak Kedua
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.