Baru sahaja ditayangkan, namun penangan Misteri Dilaila berjaya memukau netizen untuk ke pawagam berhampiran untuk menonton filem ini.

Syafiq Yusof Beri Petunjuk Mengenai Jalan Cerita Misteri Dilaila 

Bukan sahaja tular kerana jalan ceritanya yang menarik, malah di media sosial hangat memperkatakan mengenai kesudahan Misteri Dilaila yang mempunyai dua gaya yang sangat berbeza sekaligus mengangkat filem arahan Syafiq Yusof ini sebagai filem pertama di Malaysia yang mempunyai dua jalan cerita berbeza.

Malah beberapa posting pengarah terkenal ini turut memberi petunjuk mengenai gaya cerita kedua-dua versi filem ini. Satu percaturan yang menarik dibuat oleh Syafiq yang seolah-olah ‘memaksa’ penonton untuk melihat kedua-duanya. Kami sendiri turut ‘termakan hasutan’ tersebut dan suka untuk kami katakan Volume 2 jauh lebih menyeramkan!

BACA  Alasan Mengapa Netizen Puji Majlis Resepsi Fasha Sandha & Aidil Aziz

Kaut 4 Juta Kutipan 

Dalam perkembangan lain, Syafiq dengan bangganya turut mengumumkan kutipan filem Misteri Dilaila kini mencapai RM 4 Juta dalam masa 5 hari tayangan di seluruh pawagam Malaysia.

Terdahulu, abang kepada Syafiq yang juga pengarah Munafik 2, Syamsul Yusof mengungguli rekod pencapaian filem yang mendapat kutipan tertinggi pada tayangan awal dengan sebanyak RM 2.05 Juta. Tahniah buat kedua-dua bersaudara ini kerana berjaya meletakkan Skop Production sebagai syarikat produksi terunggul ketika ini!