Isu Instagram digodam bukanlah sesuatu yang baru diperkatakan. Selain melibatkan selebriti, mereka yang terkenal di media sosial dengan pelbagai kepakaran turut terpalit isu yang sama.

Erra Terkilan Akaun Instagram Digodam 

Terbaru, menerusi Instagram pelakon terkenal Erra Fazira dia meluahkan rasa terkilannya pada sikap segelintir pihak yang menggodam akaun Instagram tertentu untuk kepentingan peribadi. Luahan itu dibuat Erra selepas membantu jurusolek artis terkenal yang dikenali sebagai Deqsha membuat akaun Instagram miliknya telah digodam.

“IG makeup artis Deqsha dah kena hacked! Hilang berpuluh ribu followers nya. Kesian dia. Sekarang terpaksa buat yg baru. uolz boleh follow IG baru dia okay, @deqsha79,”

Doa Cari Rezeki Yang Lebih Baik 

Jelas Erra, dia berasa kasihan pada mereka yang menggunakan platform seumpama ini untuk mencari rezeki namun telah dianaiya oleh pihak tertentu sekaligus menyebabkan kesukaran pada mereka kelak. Tambah Erra lagi, dia memohon agar mereka yang terlibat mencari rezeki yang lebih baik selain mendoakan agar mereka diberikan hidayah.

“Wahai si penggodam, kenapa pilih buat kerja yg menganiaya org lain? Kenapa harus pilih haluan hidup cam gini? Kasihanlah pada org yg menjadikan sosial media ini sebagai laluan sumber rezeki. Carik kerja yg lebih baik pleaseee. Moga Allah ampunkan awak dan diberi hidayah ya.. take care!”,

Selain Deqsha, terdahulu beberapa selebriti terkenal turut mengalami nasib yang sama antaranya adalah Elly Mazlein, Faiz Dickie dan ramai lagi.