Meskipun Captain Marvel bakal ditayangkan pada minggu hadapan, namun peminat lebih teruja untuk menunggu kesinambungan Avengers : End Game yang akan ditayangkan sebulan selepas Captain Marvel iaitu pada April ini.

Tidak Sengaja Dedahkan Nasib Captain America? 

Spoiler Alert! Terlebih dahulu, suka untuk kami peringatkan bahawa artikel ini kemungkinan akan mendedahkan sedikit intipati jalan cerita Avengers : End Game atau lebih dikenali sebagai Avengers 4. Manakan tidak, segalanya seperti telah didedahkan awal oleh atlet sukan popular dunia, Serena Wiliam menerusi posting Instagram nya baru-baru ini.

Dilihat sebagai seperti tidak sengaja mendedahkan apa yang akan terjadi dalam Avengers 4 terutamanya Captain America, atlet itu seperti memberi bayangan bahawa Captain America yang dilakonkan oleh Chris Evans akan mati dalam salah satu babak filem itu.  Kejadian tersebut berpunca dari video yang dirakam Serena dari jarak jauh yang kemudiannya turut kedengaran sesuatu disebut oleh atlet itu berkenaan Avengers.

” Saya kecewa dia mati di dalam Avengers”

Peminat Marah 

View this post on Instagram

(24/02) 🎥 — Serena Willians via IG Story!

A post shared by Chris Evans Brasil (@chrisevansbrasil) on

Akibatnya, peminat berasa marah dan kecewa apabila Serena cuba mendedahkan apa yang bakal terjadi pada Captain America di dalam Avengers. Namun begitu, tidak pasti adakah ianya benar mahupun sebaliknya kerana Serena sudah pun memadam video tersebut.

BACA  Aprena Manrose Jawab Tuduhan Songlap Duit

Ketika ini , kami percaya dan tidak tolak kemungkinan bahawa Captain America akan mati di dalam Avengers : End Game. Apa pendapat anda? Adakah anda percaya akan adanya adiwira yang mati? Kongsikan dengan kami!