Sejak semalam hangat di media sosial memperkatakan mengenai pendedahan yang dibuat oleh seorang pengguna Twitter yang mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual daripada seorang pelakon terkenal.

Tanya Saiz Baju Dalamย 

Pelakon yang dimaksudkan adalah Syazwan Zulkifly yang dikatakan telah bertanyakan kepada individu wanita tersebut berkenaan saiz baju dalam yang dipakainya. Pendedahan tersebut benar-benar mengejutkan kerana rata-rata peminat tidak menyangka bahawa pelakon itu bersikap sedemikian.

Sengaja Raih Perhatian?ย 

Namun begitu, suntingan perbualan tersebut agak sedikit mencurigakan kerana segelintir netizen mendakwa individu tersebut telah memadam beberapa komen balas selain menyifatkan dia seperti sengaja mencetuskan publisiti murahan untuk meraih perhatian ramai. Terdahulu, pelakon baharu Alif Muhaimin turut mengalami nasib yang sama apabila dia dituduh telah menghantar beberapa mesej intim kepada pengikutnya.

BACA  "Kenyataan Norjuma Tidak Benar"- Fame Up Entertainment Nafi Buat Permohonan Maaf

Namun pelakon itu menafikan dakwaan tersebut selain mendakwa terdapat sesetengah pihak cuba menjatuhkan nama baiknya. Untuk isu melibatkan Syazwan, tidak mustahil dia turut alami nasib yang sama memandangkan teknologi kini mampu membuat apa sahaja. Sehingga kini, tiada penjelasan lanjut dari Syazwan berkenaan kontroversi berkenaan.