Semalam,selain isu Aliff Aziz dan Oktovia Manrose, di media sosial turut kecoh mengenai kontroversi melibatkan pelakon Syazwan Zulkifly yang dikatakan telah menghantar mesej nakal kepada seorang wanita.

Akui Hantar Mesej Nakal 

Terdahulu, seorang pengguna laman Twitter telah mendedakan beberapa kandungan mesej nakal melibatkkan pelakon itu yang bertanyakan tentang saiz baju dalamnya. Pendedahan tersebut ternyata mengejutkan dan rata-rata netizen turut menganggap ianya sebagai satu gangguan seksual.

Menjelaskan mengenai isu tersebut, menerusi perkongsian sebuah portal hiburan memberitahu pelakon itu akui bahawa ada menghantar mesej seumpama itu kepada wanita berkenaan. Namun begitu, pelakon Pujaan Hati Kanda ini berkata dia hanya sekadar mahu menguji tahap keterbukaan wanita berkenaan untuk berkawan dengannya dan tidak mempunyai sebarang niat jahat lain.

“Ia cuma soalan biasa dan tidak berniat jahat pun, saya hanya jujur beritahu dia yang saya seorang yang nakal.

“Saya tidak mahu berpura-pura baik sebab itu saya sengaja menguji cara dia berfikir. Lagi pula perbualan itu baharu dan dia minta saya bertanya soalan jadi saya tanya sahajalah”

Sudah Diselesaikan 

Jelas Syazwan lagi, , isu tersebut telah pun diselesaikan dan abangnya turut menghubungi Syazwan bagi meminta penjelasan. Bagaimananapun, Syazwan berkata dia tidak melenting atau meminta wanita itu membersihkan namanya selain menganggap ianya sebagai satu isu yang remeh.

BACA  Aktor Kacak Yusuf Imam Tukar Agama Selepas 10 Tahun Bergelar Mualaf