Lanjutan kontroversi melibatkan pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz yang dikatakan telah berparti dan mempunyai hubungan sulit bersama Oktovia Manrose selepas didedahkan oleh isteri Aliff, Bella Astillah. Pelakon itu dikatakan sudah sembilan hari tidak pulang ke rumah.

Tidak Tahu Di Mana Aliff

Menjelaskan lebih lanjut mengenai isu tersebut, Bella memberitahu kali terakhir dia bersama Aliff adalah pada 17 Februari lalu ketika menyambut ulangtahunnya yang ke-28. Selepas itu, Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah tidak tahu dimanakah suaminya berada. Menurut Bella, sambutan hari jadi yang dirancang sebagai kejutan juga sekadar menjadi sambutan biasa gara-gara pertelingkahan yang berlaku.

“Pada hari itu kami bergaduh disebabkan mesej WhatsApp daripada Via (Oktovia) yang dipadam dalam telefon Aliff. Kalau betul tidak ada apa-apa, kenapa kena buang?. Saya cakap, dalam rumah tangga tidak boleh hidup begini iaitu diselubungi penipuan. Saya tidak mahu hidup dalam keadaan tidak sihat.

“Namun, sambutan hari jadi terpaksa diteruskan sebab segala persiapan sudah dibuat termasuklah jemputan dalam kalangan keluarga saya. Keesokan harinya dia terus keluar rumah hinggalah sekarang, Aliff sudah sembilan hari tidak pulang ke rumah. Kali terakhir dia di rumah pada 17 Februari lalu ketika saya membuat sambutan hari jadi yang ke-28 untuknya,”

Malu Atas Perbuatan

Jelas Bella lagi, barangkali suaminya itu malu dengan perbuatannya apatah lagi bukti video yang didakwa Bella sebelum ini telah diketahui oleh keluarganya. Menurutnya, pergaduhan yang timbul antara mereka membuatkan Aliff mengambil keputusan keluar rumah. Sehingga kini, Aliff masih belum memberi sebarang komen dan Oktovia pula sudah memuat naik permohonan maaf kepada Bella atas apa yang terjadi.