Nampaknya kemelut tiga penjuru melibatkan pasangan selebriti suami isteri Aliff Aziz, Bella Astillah dan pelakon Oktovia Manrose belum selesai. Malah Bella turut mahu bersemuka dengan Oktovia bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai isu yang terjadi.

Aprena Turut Berasa Bersalahย 

Dalam perkembangan lain, isu tersebut turut sedikit sebanyak terpalit pada adik Oktovia yang juga pelakon popular, Aprena Manrose. Sebagai info, Aprena merupakan rakan baik kepada Bella dan pernah merakamkan single ‘cover’ bersama di laman YouTube sebelum ini. Menurut Aprena, sebagai adik dan sahabat kepada dua selebriti ini, dia turut merasa bersalah namun turut menjelaskan dia sama sekali tidak berhak untuk mencampuri kemelut yang melanda.

BACA  "Tolong Jangan Lagakan Kami" - Ariff Aziz Enggan Berkait Dengan A.Aida

Harap Diselesaikan Dengan Baikย 

Jelas Aprena lagi, meskipun Oktovia atau lebih mesra disapa sebagai Via merupakan kakakknya, namun baginya setiap perkara yang salah tetap salah selain mengharapkan isu ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik.

Tambah Aprena, dia turut menasihati netizen di luar sana untuk tidak terus menjadi ‘batu api’ dan menjatuhkan hukum kepada mana-mana pihak seolah-olah mengetahui apakah yang terjadi sebenarnya. Sebagai seorang wanita dan isteri, Aprena memahami apakah yang dirasai oleh Bella ketika ini. Diharap hubungan selebriti ini akan terus akrab meskipun kontroversi yang terjadi melibatkan individu paling rapat dengan mereka.