Faizal Tahir telah meluahkan rasa syukur kerana diberi peluang yang amat bermakna apabila dapat bekerjasama dan mencipta lagu untuk penyanyi lagenda, Zamani. Faizal telah meluahkan perasaannya itu di akaun Instagramnya sendiri.

“Peluang utk bekerja dengan seorang penyanyi yang begitu dihormati, disayangi dan dikagumi ramai memang tidak dapat saya tolak. Masih jelas dalam ingatan saya lebih kurang 15 tahun yang lepas sewaktu saya bersama kumpulan nasyid Mirwana kami pernah berkongsi pentas dengan Zamani dalam satu persembahan. Selesai acara malam tersebut Zamani datang kepada saya dan mengatakan saya ada masa depan yang cerah dalam industri muzik”.

“Dia bertanyakan saya sama ada saya mempunyai cita2 untuk menjadi penyanyi solo kerana dia nampak bakat dan percaya dengan bakat saya. Tak ada seorang pun yang pernah mengatakan begitu kpd saya. Dialah yg pertama dan satu2nya insan yang percaya dengan bakat saya sewaktu itu. Jujurnya saya terkedu dan tak boleh proses kejap lepas dengar kata2nya.

“Saya terlalu teruja dan seperti tak percaya dengan apa yang abang Zamani pesan kepada saya waktu itu. Dia doakan kejayaan saya yang membuatkan saya begitu terharu. Lebih2 lagi waktu itu saya memang tidak pernah rasa yang saya mempunyai bakat untuk berjaya dalam bidang nyanyian. Tidak pernah terlintas langsung untuk ada kerjaya sebagai penyanyi solo”.

“15 tahun selepas itu, saya dipertemukan kembali dengan Zamani. Kali ini berbeza dan lebih manis kerana saya dapat menyumbang kepada perjalanan kerjaya seninya. Tiada apa yang dapat saya ucapkan melainkan terima kasih tak terhingga kepada abang Zamani kerana percaya dengan saya dan team saya di @faithfulmusicmy. Alhamdulillah kerana diberi peluang dan rezeki untuk bekerjasama dengan seorang lagenda yang terlalu merendah diri dan pemurah serta disayangi ramai dan juga memainkan peranan penting dalam hidup dan kerjaya saya. Mungkin dia juga sudah tidak ingat pertemuan dengan saya 15 tahun lepas. Namun ia tetap dalam ingatan saya sampai ke hari ini”.

“Terima kasih abang. Allah bless you @zamanislam_official ❤️ #aduh”.

Itulah yang ditulis oleh Faizal Tahir yang ditujukan buat Zamani kerana Zamani telah meletakkan kepercayaan nya kepada team Faithful Music dan dirinya sendiri untuk mencipta lagu baru Zamani yang berjudul ‘Aduh’.

BACA  Faizal Tahir Cakap Bahasa Indonesia Menerusi Single Terbaharu ‘BISA AJA’

‘Aduh’ merupakan single terbitan Faithful Music dengan kerjasama Warner Music Malaysia sebagai pengedar. Single ‘Aduh’ boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 1 MAC 2019.