Karier seni nya bermula setelah menyertai program realiti Akademi Fantasia musim ketiga dan turut menduduk tangga keempat dalam programitu. Kini Marsha Milan Londoh atau lebih dikenali sebagai Marsha Milan antara penyanyi yang berjaya selain kini mempunyai 13 buah single.

Marsha SebakΒ 

Terbaru, gadis kelahiran Sabah ini tampil dengan single terbaharunya berjudul Bimbang yang telah dirasmikan dalam sebuah majlis pelancaran semalam di RedBox The Garden. Namun begitu, sewaktu memberi ucapan pada majlis yang dihadiri oleh rakan-rakan media dan peminat itu, Marsha kelihatan gagal menahan perasaan sebaknya dan turut mengalirkan airmata.

Marsha ketika ditemui Hangat.com berkata dia berasa sebak kerana lagu Bimbang ciptaan Farouk Roman dan ditulis oleh sahabat karibnya, Amylea Azizan begitu dekat di hati dan pelbagai kesukaran telah dihadapi bagi menyiapkan single ini yang mengambil masa selama 3 bulan untuk dihasilkan.

BACA  Rumah Tangga Adele & Simon Konceki Retak?

Lagu Tersirat Pelbagai Maksud

Selain menceritakan tentang kisah kebimbangan seorang wanita atas kemunculan wanita lain, bagi Marsha juga lagu ini menceritakan tentang perjalanan kehidupannya terutama sebelum dan selepas memeluk Islam.

“Selepas lagu ini siap dirakam, saya jadi lebih sebak memandangkan saya dan pengurus saya berusaha keras demi menyiapkannya. Malah setiap bait lirik ini begitu mendalam terutamanya berkaitan dengan kehidupan saya sebelum dan selepas memeluk Islam,”

OST Nur 2Β 

Mengharapkan lagu ini akan diterima ramai, single Bimbang juga akan menjadi lagu tema drama rantaian Nur 2 yang akan ditayangkan tidak lama lagi. Lagu edaran Seventeen Eleven Music itu kini boleh dimuat turun menerusi semua platform digital bermula hari ini

BACA  Dihujani Ucapan Tahniah, Aznil Hj Nawawi Bakal Bergelar Dato' Sri?