Semangat kental pelakon Rita Rudaini sebagai seorang ibu tunggal antara yang dikagumi rata-rata peminat. Selepas berpisah dengan pemain bola terkenal, Aidil Zafuan sekitar 7 tahun yang lalu, Rita nekad membesarkan dua orang anaknya tanpa kasih sayang seorang bapa.

Anak Terlantar Sakit 

Terbaru, Rita telah memuat naik gambar anaknya di Instagram yang kelihatan sedang terlantar di atas katil sebuah hospital dipercayai sedang jatuh sakit. Rata-rata netizen bersimpati dengan keadaan anak pelakon itu apatah lagi Rita terpaksa meninggalkannya buat seketika memandangkan terlibat dengan sebuah penggambaran.

Netizen Anggap Aidil Lepas Tangan 

Melihatkan pada pengorbanan Rita, terdapat segelintir netizen yang kecewa dengan sikap Aidil yang dikatakan ‘lepas tangan’ dan tidak menjenguk anak-anaknya. Malah mereka turut menyifatkan pemain bola itu sebagai seorang yang tidak bertanggungjawab kerana melepaskan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa biarpun hubungannya bersama Rita sudah lama terlerai.

BACA  Nadya Syahera Terkejut Suami Buat Undian Cerai Atau Tidak Di Laman Instagram

Namun, bagi Rita dia tidak menyalahkan mana-mana pihak malah dia sememangnya sudah terbiasa dengan keadaan tersebut selain mengharapkan doa yang terbaik dari peminat-peminatnya.

View this post on Instagram

Tkasih kakak2 nurse jaga @airitqaqa727 🌹

A post shared by Rita Rudaini (@ritrud727) on

Terdahulu, Rita telah berkahwin dengan Aidil di Thailand pada 2008 sebelum berpisah pada tahun 2013. Hasil perkahwinan, kedua-dua mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki, Airit Rayyan Rizqin, 10, dan Airit Qaqa Arjuna, 8, yang kini berada di bawah jagaan Rita.