Juara pertandingan kecantikan Malaysia kembali menjadi kontroversi gara-gara busana kebangsaan yang dipertandingkan. Seperti mana yang pernah di war-war kan sebelum ini, Miss Supranational Malaysia 2018 (MSM2018) Sanjna Suri mengenakan busana kebangsaan Srikandi untuk bertanding di grand final Miss Supranational yang digelar di Poland pada 7 Disember 2018.

Sebelum berangkat ke Poland, Sanjna ada mempamerkan gayanya mengenakan busana kebangsaan tersebut di akaun Instagram.

“Official Miss Supranational Malaysia 2018 National Costume Langkasuka : The Great Malay Heroine (Srikandi Melayu Yang Agung),” demikian tulisnya di keterangan foto yang dimuatnaik di akaunnya @sanjna_suri.

Namun dikhabarkan penaja yang bertanggungjawab menghasilkan busana kebangsaan tersebut mendakwa pihak MSM2018 masih tidak memulangkannya lagi sehingga hari ini. Kenyataan tersebut telah dikeluarkan secara rasmi oleh selaku penaja Borneo Republic Malaysia Creationsย (BR) menerusi akaun instagram mereka di @borneorepublicmalaysia.

BACA  Bella Hadid Mohon Maaf Selepas Gambar 'Tendang' Pesawat UAE Dikecam

Seperti yang dilaporkan oleh BR, mereka telah menerima jawapan dari MSM2018 pada 27 Februari 2019 dengan memaklumkan bahawa busana tersebut telah hilang dan bakal membayar gantirugi. Walaubagaimanapun, sehingga tarikih kenyataan ini dikeluarkan, gantirugi masih belum diterima.

View this post on Instagram

Sebagai perkongsian, ini adalah merupakan lakaran (sketch) asal National Costume bertemakan Ratu Langkasuka yang kami peroleh di laman instagram @natcosmalaysiapride. Ia telah dimuatnaik di akaun tersebut sekitar bulan Mei 2018. Secara jujurnya, penghasilan busana ini sangat mencabar kerana perlu disiapkan dalam tempoh yang sangat singkat. Tempoh 14 hari digunakan sepenuhnya untuk menyiapkan busana ini. Selaku penggiat busana kreatif/kontemporari yang masih baru dalam industri ini (ratu cantik), pelbagai cabaran dihadapi. Apatah lagi pengalaman yang masih sangat hijau dan mentah. Cabaran utama ialah untuk mendapatkan bahan-bahan yang bersesuaian selain bahan rujukan (dokumen) yang relevan. @sanjna_suri juga memainkan peranan yang sangat penting semasa tempoh penyediaan busana tersebut. Beliau bersama-sama memberikan input untuk merealisasikan matlamat ini. Beliau tahu di mana kekuatan beliau selaku individu yang akan memperaga busana ini di peringkat antarabangsa. Tidak dilupakan teman seangkatan kami @maswiramajid yang banyak membantu dari segi penyediaan busana serta teman-teman sepasukan @borneorepublicmalaysia yang sangat dedikasi dan berjiwa kental. Terima kasih @malaysianbeautypageantfc kerana telah mencadangkan #BorneoRepublicMalaysiaCreations untuk menyediakan Busana Kebangsaan ini. Kepada penyedia lakaran asal #NationalCostume ini @senshussain, terima kasih kerana sudi berkongsi idea di laman instagram @natcosmalaysiapride. Mungkin hasil akhir tidak sama sepenuhnya, tetapi kami harap ia mampu diterima umum. Terima kasih kepada @ratumalaysiaorg kerana telah memberikan platform yang baik kepada kami untuk berkarya. Thank you pageant fans for the constructive criticism. Keep up with the positive ideas for future improvement! This is for Malaysia! Note: Photographed by @adib_sc, makeup by @sentuhanayukirana. #BorneoRepublicMalaysiaCreations #BREmpireCreations #NationalCostume #NativeToCreative #KitaCubaBikin #Langkasuka #Srikandi #QueenLangkasuka #KedahTua #Pattani #Songket #Keris #MissSupranational #MissSupranationalMalaysia2018 #MissSupranational2018

A post shared by Borneo Republic Malaysia (@borneorepublicmalaysia) on

Dalam kenyataan yang sama pihak BR meluahkan rasa sedih dengan hal ini dan berharap gantirugi tersebut dapat dilunaskan dengan segera oleh MSM2018.ย ย Busana kebangsaan bertemakan Srikandi itu merupakan karya sepenuhnya dari Borneo Republic Malaysia. Dalam akaun Instagramnya pihak Borneo Republic Malaysia pun menjelaskan makna dari kostum yang dipakai wanita cantik lulusan farmasi dari Cyberjaya University College of Medical Sciences itu.ย Dari keterangan foto tersebut diketahui bahawa Busana kebangsaan itu terinspirasi Ratu Langkasuka dari kerajaan Melayu zaman dahulu.

BACA  Bakal Saman! Linda Rafar Tuntut 100 Orang Buat Permohonan Maaf