Peminat sedia maklum bahawa musim terbaharu Gerak Khas 2019 bakal menampilkan kemunculan semula ASP Aleza yang dilakonkan oleh Abby Abadi. Sebelum ini, pelakon yang turut sama terbabit dalam drama rantaian kepolisan ini, Norman Hakim telah memberi bayangan bahawa Abby bakal kembali dalam drama itu.

Kemunculan Semula Pelakon Asal Gerak Khas 

Terbaru, Gerak Khas secara rasminya telah membuat promosi awal dengan mengumumkan bahawa episod pertama drama itu bakal ditayangkan pada Jumaat ini, 8 Mac pada jam 9 malam di TV2.

Dalam musim terbaru ini, hampir kesemua pelakon adalah pelakon-pelakon asal Gerak Khas sejak mula ditayangkan pada tahun 1999. Antaranya adalah Datuk Dr. Yusof Haslam, Norman Hakim, Abby Abadi, Erra Fazira, Zul Ariffin, C.Kumaresan,Salina Saibi, Farid Amirul, Sheera Iskandar,Deen Maidin, Z.Zambry dan Mustaqim Bahadon.

Peminat Teruja 

Rata-rata peminat ternyata teruja dengan Gerak Khas kali ini. Malah Norman menerusi laman Instagram nya turut berkongsi promosi awal Gerak Khas yang telah disunting oleh pihak produksi.

Dalam perkongsian itu, Norman dan Abby turut berseloroh mengenai kisah sebenar di sebalik suntingan promosi

Sehingga kini, Gerak Khas memegang rekod sebagai ‘Siri Drama Yang Paling Lama Bersiaran’ di dalam Malaysia Book of Records.