Semalam, Hangat.com dengan kerjasama GSC Movies telah menganjurkan tayangan perdana filem seram Thai, Reside yang menampilkan Ananda Everingham, Ja Natthaweeranuch, Ploy Sornarin sebagai teraju utamanya.

Babak Seram Hampir 80%

Trailer nya sahaja mampu membuatkan bulu roma anda meremang apatah lagi menonton filem ini yang berdurasi selama hampir 1 jam 40 minit. Suka untuk kami gambarkan babak seram yang dipaparkan adalah 80% daripada keseluruhan filem dimana hanya satu lokasi dijadikan sebagai ‘medan’ penggambaran Reside. Malah permulaan filem, penonton akan dikejutkan dengan ritual yang mendebarkan.

Jump Scare Tidak Menjadi 

Meskipun begitu, terdapat beberapa kekurangan yang perlu dititikberatkan sekali gus mencacatkan sedikit perjalanan filem ini. Faktor utamanya adalah unsur jump scare yang seperti tidak menjadi. Bukan kerana tersalah tempoh, tetapi dek kerana kesan bunyinya seakan tidak cukup. Tidak pasti adalah kerana mutu penghasilan filem mahupun panggung wayang itu sendiri yang memainkan peranan.

Selain itu, penjiwaan watak hantu yang seakan meniru gaya hantu korea yang sering kali membuat bunyi aneh, memusingkan badan dan berjalan secara vice versa. Kami cuba berfikiran positif untuk menganggap ianya sebagai pertaruhan baru dalam industri filem seram Thailand yang mencuba membawa elemen tersebut selain sering kali menggunakan patung berhala sebagai konsep utama mereka.

Dalam pandangan lain, Reside berjaya memukau penonton dengan beberapa detik mendebarkan. Kami akui adakalanya kami turut terkejut dengan detik-detik cemas selain plot twist yang tidak disangka-sangka. Untuk anda yang ingin menontonnya, Reside akan mula ditayangkan bermula 8 Mac di seluruh pawagam GSC.

Sinopsis Reside 

Reside, sebuah filem seram dari Thailand mengisahkan mengenai 6 individu berkumpul di dalam sebuah rumah agam usang diketuai oleh seorang ‘ibu’. Mereka telah menjalankan upcara ritual ke atas satu mayat yang tidak diketahui sehingga menyebabkan semangat yang lain turut kembali dan merasuk tubuh badan seorang demi seorang. Buntu untuk mencari penyelesaian, mereka harus mencari jalan untuk kembali seperti biasa.