Sebelum ini, rekod Billionair termuda telah dipegang oleh pengasas laman sosial terkenal Facebook, Mark Zuckerberg untuk beberapa tahun.

Kylie Jenner Billionair Termuda 

Namun kini, 2019 menyaksikan selebriti dan model Kylie Jenner telah dinobatkan sebagai Billionair termuda dalam sejarah di usianya menjengah 21 tahun. Kylie yang mempunyai empayar sendiri menerusi Kylie Cosmetics dan beberapa jenama lain dikatakan mempunyai aset sebanyak $900 juta. Terdahulu,Forbes telah mengumumkan Kylie merupakan wanita terkaya di dunia pada tahun 2018.

Ucap Terima Kasih 

Untuk rekod, Kylie dikhabarkan merupakan satu-satunya individu yang berjaya menempa nama dengan produk kosmetik. Malah dia pernah mencatat rekod penjualan 15,000 lip kit dalam masa kurang dari satu minit!

Menerusi laman Instagram nya, Kylie mengucapkan terima kasih kepada Forbes atas pengiktirafan tersebut selain dihujani ucapan tahniah dari peminat dan rakan-rakan artis.