Membuat kemunculan berlakon dalam filem pada tahun 1988, Salman Khan hanya berperanan sebagai cameo dalam filem Biwi Ho. Tak perlukan waktu lama, tahun berikutnya dia terus mendapat watak utama di filem Maine Pyar Kiya. Filem tersebut menjadi salah satu filem dengan pendapatan tertinggi dan paling laris.

Namanya semakin melonjak naik ketika dia memenangi berbagai anugerah seperti Filmfare Best Male Debut Award.

Tak hanya dengan kemunculan filem pertamanya yang laris, jajaka berbadan sado kelahiran Madhya Pradesh ini juga membintangi banyak filem yang hits dan terkenal sampai sekarang. Sudah berada di dunia hiburan lebih dari 20 tahun, tentu perjalanan karier Salman Khan sangatlah panjang. Namanya menjadi sebutan seluruh dunia, dirinya pun kian dikagumi ramai orang dari berbagai negara, bukan hanya India saja.

BACA  Tahniah! Soo Wincci Catat Dua Rekod Baharu Dalam Malaysia Book Of Records

Berikut adalah 10 gambar transformasi Salman Khan sejak dirinya masih muda sampai kini berusia 53 tahun. Meskipun sudah tak berapa muda lagi, Salman sekarang tetap menawan dan curi perhatian!

Gambar Salman Khan waktu masih kecil. Comel dengan mata bulatnya!

Ada beberapa anak kecil dalam gambar ini, anda boleh meneka tak yang mana satu Salman Khan?

Gaya Salman Khan ketika remaja yang digilai ramai wanita di berbagai negara!

Masih kiut-miut, anda mesti termasuk  dalam salah satu peminat tegar Salman Khan bukan?

Berlakon dalam berbagai filem, Salman Khan terus popular hingga sekarang dan ramai yang mengidolakan dirinya.

Selain berlakon, Salman juga hebat di bidang modeling. Sangat versatil!

Tatkala usianya meningkat dewasa, Salman makin rajin bersenam dan membentuk tubuhnya!

Dan sehingga kini, Salman Khan memang dikenali dengan tubuhnya yang sasa dan seksi!

Ternyata walaupun sudah masuk 52 tahun, penampilan Salman Khan masih menawan seperti tak dimamah usia.

View this post on Instagram

Had a wonderful stay at the W Hotel in Goa….

A post shared by Salman Khan (@beingsalmankhan) on