Macam-macam hal! Pelakon dan usahawan, Mas Khan menyuarakan rasa bengang di Instagram gara-gara jiran sebelah bilik hotelnya buat bising. Menerusi sebuah video yang dikongsikan oleh Mas Khan sebentar tadi, jelas kedengaran suara wanita yang sedang mengerang kuat seolah-olah sepasang kekasih sedang melakukan hubungan seks.

Menurut Mas Khan atau nama sebenarnya Mas Hidzhir Khan bin Mas Fadzillah Khan , ini pengalaman pertama dia menghadapi situasi sebegini dan kesal dengan sikap segelintir penghuni hotel yang tidak menghormati orang lain yang turut menginap di hotel yang sama.

“Guys, please hormat bilik sebelah ok! Kalau ye pun kau nak … slowdown the volume ah arghh stress aku wei”- luahnya di Instagram

Walaubagaimanapun, pelakon terkenal menerusi watak Inspektor Kamal dalam drama Gerak Khas itu tidak menyatakan lokasi hotel tersebut namun tertera nombor 420 di pintu bilik yang berbunyi bising.  Bertabah jelah Mas Khan! 

BACA  [GAMBAR] Kenali Jabir Meftah, Model Yang Tular Di AME 2019!