Spoiler alert! Ulasan kami kali ini barangkali akan mendedahkan sedikit mengenai jalan cerita filem Captain Marvel yang mula ditayangkan awal semalam. Namun begitu, usah khuatir kerana pendedahan ini tidaklah menceritakan secara keseluruhan filem sebaliknya lebih kepada terarah kepada sejarah pembabitan awal kebanyakan adiwira di dalam Avengers.

Brie Larson Berjaya Membawa Watak Captain Marvel 

Ramai yang tertanya adakah Brie Larson, calon yang sesuai memegang watak sebagai Captain Marvel atau Carol Danver. Manakan tidak, ini merupakan filem aksi blockbuster beliau. Sebelum ini kami sudah menonton Brie menerusi filem The Basmati Blues. Meskipun filem itu mendapat kritikan hebat, namun pelakon wanita ini berjaya membawa watak tersebut dengan baik termasuklah pembabitannya sebagai seorang adiwira.

BACA  [VIDEO] Brie Larson Terjah Penonton 'Captain Marvel'. Ini Yang Dilakukannya!

Apa yang kami boleh katakan mengenai Brie di dalam Captain Marvel, perwatakkannya yang bersahaja dan menguatkan lagi jalan ceritanya dan mengubah stereotype seorang adiwira yang lebih tegas seperti Captain America mahupun Black Widow.

Pengenalan Watak – Watak Baru 

Mengenai filemnya sendiri pula, jalan ceritanya sedikit mengecewakan kami kerana ianya tidaklah segempak yang disangka seperti trailernya. Malah aksinya juga barangkali 50% daripada keseluruhan. Barangkali kerana ianya filem pertama Captain Marvel yang lebih terarah kewujudannya sama seperti filem-filem tunggal adiwira yang lain. Namun, pujian harus diberikan kepada Marvel yang membawa pengembangan watak terdahulu dan kemunculan watak-watak baru seperti Fury, Ronan, Talos dan si comel, Goose The Cat.

BACA  Bapa Atikah Suhaime Buka Mulut Dedah Punca Batal Perkahwinan

Malah suka untuk kami anggap Captain Marvel turut mengandungi beberapa sejarah awal penubuhan Avengers termasuklah bagimana Fury mendapat ilham nama Avengers, mata Fury ditutup sebelah dan Carol sendiri sebagai Mar-Vell .

Secara keseluruhannya, anda wajib menonton Captain Marvel, kerana ianya merupakan petunjuk besar bagi filem Avengers termasuklah dua penghujung filem ini.