Elfira Loy baru-baru ini telah membuat kejutan istimewa untuk sahabat baiknya, Bella Dally yang bakal diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hatinya tidak lama lagi. Walaupun tidak secara besar-besaran, momen indah itu cukup membuatkan Bella rasa terharu.

Menerusi akaun Instagram Elfira, beliau berkata sanggup lakukan apa sahaja untuk menggembirakan sahabat baiknya itu dan turut mendoakan agar segala perancangan perkahwinan Bella berjalan lancar seperti yang dirancang.

“I will do anything just to make you happy @belladally I hope u like the small surprises that I arranged for you yesterday. Including the spa! ✨ Praying the best for her, hoping everything will go smoothly until the day! YAHUUUUUUUU , Can’t wait to see you on that special day,” tulis Elfira di Instagram.

Berseri betul wajah dua orang sahabat baik ini, Elfira semakin manis wajahnya selepas berkahwin dan Bella pula sangat cantik dan jelas sekali terpancar sinar kebahagiaan di wajahnya.

Hangat.com berharap hubungan persahabatan mereka berdua ini akan kekal baik sehingga akhir hayat dan segala urusan untuk perkahwinan Bella akan dipermudahkan segala urusan, in shaa Allah.