Status Seungri Seungri BIGBANG kini berubah dari tertuduh kepada kepada suspek dan orang yang akan diambil tindakan undang-undang berkaitan kes pelacuran. Unit Investigasi Kota dan Badan Penguatkuasa Metropolitan Seoul mengumumkan pada Minggu (10/3/2019), Seungri BIGBANG dinyatakan negatif dadah dalam ujian tahap kedua.

Seperti mana yang kita ketahui sebelum ini, kes ini adalah salah satu skandal yang menimpa kelab Burning Sun. Burning Sun merupakan sebuah kelab hiburan yang sebelum ini ada nama Seungri sebagai salah satu pengurusnya.

Kes pelacuran ini bermula dari chatroom KakaoTalk yang tersebar yang menunjukkan jika Seungri didakwa turut menyediakan khidmat pelacuran untuk para pelabur  asing di Kelab Arena.

Bermulanya Penyiasiatan pada Club Arena

Club Arena hiburan merupakan kelab terbesar di Gangnam yang sering dikunjungi oleh Seungri.  Sekitar 20 pegawai polis dikerahkan untuk mencari bukti Club Arena namun sampai sekarang belum ada informasi lanjutan yang dirilis oleh pihak polis.

Sebelum itu, agensi sudah membantah jika ada aktiviti perkhidmtan pelacuran di Club Arena. Untuk masalah ini, Seungri tetap bekerjasama untuk membuat penyiasatan.

Seungri dijadikan suspek 

Pihak Polis Metropolitan Seoul menaikkan status Seungri jadi suspek. Seungri dijadikan suspek untuk mengeluarkan surat perintah penggeledahan dan penyitaan bukti tentang pelacuran di Club Arena. Selain itu juga untuk membersihkan nama Seungri jika semua tuduhan tidak terbukti.

Proses tersebut khabarnya dipercepat kerana Seungri yang bakal segera masuk latihan ketenteraan pada 25 Mac mendatang. Selama bertugas di pusat latihan ketenteraan, Seungri bakal jadi tentera aktif.