Pada yang sudah menonton “Captain Marvel pasti setuju jika si kucing Goose berjaya membuatkan ramai yang tak kering gusi. Malah tanda pagar #GooseTheCat telah menjadi viral di media sosial Twitter tak lama selepas filem ini dimain di seluruh negara.

Namun siapa sangka, di balik tingkah lucunya, Goose bukanlah kucing sebarangan. Ini kerana, kucing lucu ini merupakan salah satu alien yang cukup berbahaya, bahkan ia adalah penyebab di sebalik luka pada mata kiri Nick Fury.

Jom lihat beberapa fakta-fakta menarik di sebalik kelucuan Goose yang dirangkum Hangar Malaysia berikut ini!

1Goose Memiliki Nama Chewie Dalam Versi Komik

Berbeza dari filemnya, Goose memiliki nama asal Chewie dalam versi komik. Chewie sendiri dikisahkan sebagai kucing peliharaan Captain Marvel. Nama Chewie diambil dari karakter “Star Wars”, Chewbacca. Dalam komiknya, diceritakan Carol Danvers sangat fanatik dengan  “Star Wars”.

BACA  [VIDEO] Lihat Reaksi David Beckham Terkena 'Prank' Tugunya Yang Hodoh!

Sedangkan dalam versi filem, Goose sendiri dikisahkan sebagai peliharaan Mar-Vell (Annette Bening), kaum Kree yang menyamar sebagai saintis bernama Dr. Lawson di Bumi. Goose juga digambarkan sangat dekat dengan Carol Danvers semasa ia masih menjadi juruterbang di Air Force.

2Goose Adalah Flerken

Di balik tingkah lucu dan comel, Goose rupanya merupakan jelmaan Flerken, yakni makhluk antara galaksi yang boleh mengeluarkan senyawa luar angkasa saat terancam. Flerken memiliki tentakel dan mulut yang besar serta gigi yang tajam di sebalik penampilannya sebagai seekor kucing. Meskipun Goose tampak jinak saat bersama Carol, namun kucing ini benar-benar boleh  berubah jadi makhluk yang menyeramkan kalau dia terdesak.

BACA  Perut Terlihat Buncit, Miley Cyrus Jawab Berita Kehamilan

3Ada Berbagai Dimensi Di Dalam Mulut Goose

Bagi penonton yang sudah menyaksikan “Captain Marvel” tentunya tahu benar bahawa kucing lucu ini mampu menelan musuhnya. Bahkan ia juga tak segan melahap Tesseract yang di hasilkan oleh kaum Kree. Rupanya, Flerken memang mempunyai kekuatan Nested Mouths atau Pocket Dimension yang memungkinkan dirinya menyimpan seluruh dimensi kehidupan di mulutnya.

4Goose Diperanankan Oleh 4 Kucing

Ternyata watak Goose diperanankan oleh empat kucing jenis orange tabby yang berbeza. Empat kucing yang memegang watak Goose bernama Archie, Reggie, Rizzo, dan Gonzo.

5Goose Melonjakkan Rating ‘Captain Marvel’

Secara keseluruhan, Goose memang boleh dikatakan sebagai salah satu pelonjak rating filem “Captain Marvel”. Bahkan sejumlah penonton mengaku lebih tertarik menonton aksi kucing lucu ini dibandingkan Carol Danvers sendiri. Ada pula yang menyebut jika “Captain Marvel” akan biasa-biasa saja tanpa kemunculan Goose.

BACA  Kena 'Banned' Di Indonesia, Bruno Mars 'Naik Angin' Dalam Twitter

Watak Nick Fury memang diketahui telah mengenakan satu eye patch sejak muncul pertama kali di filem “Iron Man” pada tahun 2008. Hal tersebut lantaran pemimpin S.H.I.E.L.D itu memiliki luka di mata kirinya.

Dalam filem “Captain America: The Winter Soldier”, Nick pernah menjelaskan bahawa dia kehilangan satu matanya akibat dikhianati oleh rakannya sendiri. Namun siapa sangka, rakan yang dimaksud oleh Nick rupanya adalah Goose yang mencakar mata kirinya. Lucunya, Nick menyembunyikan fakta bahawa luka tersebut disebabkan oleh cakaran Goose.