Semalam, kami telah memuat naik satu artikel berkenaan bintang K-Pop yang juga ahli kumpulan Big Bang, Seungri berkenaan dia didakwa menyediakan khidmat pelacur kepada pelabur asing di kelab hiburan yang diusahakannya. Ekoran dakwaan itu, saham syarikat YG Entertainment iaitu satu daripada tiga agensi pencarian bakat terbesar K-pop, telah merudum sebanyak 14.2 peratus yang berada di tahap terendah sejak November 2018.

Umum Bersara Serta Merta 

Terbaru, sesuatu yang mengejutkan telah diumumkan oleh penyanyi ini. Menerusi laman Instagram nya, Seungri atau nama sebenarnya Lee Seunghyun mengumumkan bahawa dia kini secara rasminya telah bersara dari dunia hiburan. Keputusan itu dibuat penyanyi berusia 28 tahun ini selepas dia bakal ditahan oleh polis Seoul ekoran dia didakwa sebagai suspek kontroversi kes khidmat pelacuran.

” Ketika ini, saya rasa keputusan yang terbaik adalah saya bersara dari dunia hiburan. Saya membuat keputusan untuk bersara dari industri ini kerana isu yang ditimbulkan saya dianggap seperti sesuatu yang besar dan menganggu ketenteraman sosial. Berkenaan isu yang kini dalam siasatan, saya akan disiasat dengan telus dan akan mendedahkan segala tuduhan yang diterima”

Ucap Terima Kasih 

View this post on Instagram

승리입니다 제가 이시점에서 연예계를 은퇴를하는것이 좋을거같습니다. 사회적 물의를 일으킨 사안이 너무나 커 연예계 은퇴를 결심했습니다 수사중인 사안에 있어서는 성실하게 조사를 받아 쌓인 모든 의혹을 밝히도록 하겠습니다. 지난 한달반동안 국민들로부터 질타받고 미움받고 지금 국내 모든 수사기관들이 저를 조사하고 있는 상황에서 국민역적 으로까지 몰리는 상황인데 저 하나 살자고 주변 모두에게 피해주는일은 도저히 제스스로가 용납이 안됩니다 지난 10여 년간 많은 사랑을 베풀어준 국내외 많은 팬분들께 모든 진심을 다해 감사드리며 와이지와 빅뱅 명예를 위해서라도 저는 여기까지인거같습니다 다시한번 죄송하고 또 죄송합니다 그동안 모든분들께 감사했습니다

A post shared by @ seungriseyo on

Terdahulu, Seungri telah membatalkan konsert nya ekoran mula disiasat oleh pihak polis pada pertengahan Februari. Pada Ahad lalu, Yonhap telah melaporkan dia kini ditahan reman dan pusat hiburan miliknya juga digeledah utuk tujuan siasatan. Jika disabitkan bersalah, penyanyi ini berhadapan hukuman penjara selama 3 tahun.

Dalam kenyataannya di Instagram nya juga, Seungri mengucapkan terima kasih kepada dan memohon maaf kepada peminat dan mereka yang menyokong karier seninya sejak tahun 2006. Ujarnya lagi, keputusan ini terpaksa dibuat bagi menjaga nama baik YG dan Big Bang.