Brie Larson terlihat tak segan memberikan kejutan langsung kepada peminat yang menyaksikan filem terbarunya, “Captain Marvel”.  Aktres berusia 29 tahun ini bahkan mnerjah masuk ke  studio yang tengah memutarkan filemnya dan menyapa para penonton.

Brie sendiri mengunjungi salah satu panggung wayang yang berada di kawasan New Jersey saat tayangan perdana “Captain Marvel” pada akhir bulan lalu. Tak muncul dengan tangan kosong, aktris berasal dari Sacramento ini juga membantu menyajikan popcorn dan minuman pada para penonton yang bertuah.

Aksi manis aktris yang pernah menang piala Oscar ini diabadikan terus oleh pihak Marvel Studios dan diposting pada akaun media sosial mereka. Dari beberapa gambar yang dimuat naik, nampak jelas bahawa Brie begitu gembira dapat beramah mesra dengan para peminatnya.

“Captain Marvel” sendiri tercatat meraih hasil kutipan yang tinggi dalam beberapa hari tayangan di seluruh dunia. Filem yang mengisahkan tentang Carol Danvers sebagai juruterbang Air Force hingga bertransformasi menjadi superhero ini juga berhasil mencantumkan nama di senarai filem dengan debut terbesar sepanjang masa. Filem yang juga dibintangi oleh Samuel L. Jackson ini berhasil menduduki posisi ke-6 dengan mengumpulkan pendapatan sebesar USD 455 juta di seluruh dunia.

BACA  Lady Gaga Bakal Berlakon Dalam Guardians Of The Galaxy 3?