Pada Ahad lalu, dunia dikejutkan dengan insiden yang menyayatkan hati dimana kesemua 157 orang penumpang pesawat Ethiopian dilaporkan terkorban dalam sebuah nahas pesawat yang terhempas ketika dalam perjalanan ke Nairobi di Kenya. Pesawat Ethiopian jenis Boeing 737 MAX itu dikatakan terhempas selepas 6 minit berlepas dari lapangan terbang.

Nicki Minaj Luah Rasa Simpati 

Berita tersebut turut menyentuh perasaan penyanyi rap terkenal, Nicki Minaj. Menerusi laman Twitter nya, Nicki meluahkan rasa sedih simpatinya pada keluarga mangsa nahas pesawat itu. Perkongsian Nicki itu ternyata mendapat reaksi positif peminat yang menyifatkan penyanyi itu sebagai seorang yang rendah diri dan sudi berkongsi ucapannya buat keluarga mangsa.

Mohon Maaf Atas Pembatalan Konsert 

Dalam perkembangan lain, Nicki akhirnya mengeluarkan kenyataan rasmi nya mengenai isu pembatalan konsert beberapa jam sebelum ianya dijadualkan berlangsung di Arkéa Arena,Bordeaux.

Ketika itu, peminat sudah memasuki kawasan acara namun dikecewakan dengan berita tersebut. Menurut Nicki di laman Instagram nya, dia memohon maaf atas isu tersebut kerana terdapat beberapa isu teknikal yang tidak dapat dielakkan.