Baru-baru ini, usahawan terkenal Dato Seri Aliff Syukri telah berkongsi satu berita sedih di mana bapa kesayangannya telah kembali ke rahmatullah akibat komplikasi paru-paru. Ekoran itu, dia begitu terkesan dengan pemergian arwah bapanya dan turut memuat naik gambar serta video kenangan mereka bersama di laman Instagram nya.

Dimasukkan Ke Hospital 

Terbaru, usahawan ini sekali lagi mengejutkan peminatnya apabila dia telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta di ibu negara akibat jatuh sakit. Meskipun tidak memberitahu apakah penyakit yang menimpanya, perkongsian itu ternyata merisaukan ramai pihak dan kenalan kerana ini merupakan kali pertama dia dilihat ditimpa sakit sehingga dimasukkan ke hospital.

Terlalu Sedih?

Selain mengandaikan Aliff terlalu sibuk bekerja sehingga tiada ruang berehat, rata-rata netizen turut menganggap Aliff jatuh sakit kerana masih bersedih dengan pemergian bapanya. Menguatkan spekulasi tersebut, usahawan itu berkongsi satu posting terbaru di Instagram nya dengan memberitahu dia masih tidak kuat dan memerlukan semangat untuk menerima kenyataan bahawa bapanya sudah tiada.

“abah kri tak kuat bah.. abah.. .kri masih perlukan semangat dan doa abah.. kri lemah sangat abah lemah yang amat..”

Apa pun sama-sama kita doakan supaya usahawan ini cepat sembuh dan kuat semangat seperti biasa!