Awal minggu lalu, kecoh di media sosial mengenai video lucah seorang lelaki yang dikatakan mempunyai iras penyanyi remaja lelaki terkenal Aiman Tino. Menguatkan lagi dakwaan berkenaan, kononnya video tersebut mempunyai hiasan yang sama seperti di rumah Aiman yang dilihat dalam sesi temubual sebuah portal hiburan sebelum ini.

Bakal Ambil Tindakan Undang-Undangย 

Sedar akan video tersebut tular dan peminat mula membanjiri ruangan komen Instagram penyanyi berkenaan dengan pelbagai persoalan, akhirnya Aiman mengeluarkan satu kenyataan rasmi mengenai video tersebut. Menurut pelantun Sesat Dalam Rindu ini. Aiman dan pihaknya sedang memastikan agar isu tersebut dapat diselesaikan dengan baik. Malah pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya terdapat pihak yang membangkitkan isu tersebut sehingga menjejaskan nama baik dan kariernya.

BACA  Kenapa Kekasih Miller Khan Tolak Ajak Nikah? Ini Jawapannya!

Mohon Maafย 

Dalam kenyataannya itu juga, Aiman turut memohon maaf dan berterima kasih terutama kepada pihak media yang banyak membantu menaikkan karier dan sokongan mereka terhadapnya selama ini. Rata-rata peminat dan rakan-rakan artis turut mendoakan agar isu ini dapat diselesaikan dengan baik dan menyatakan sokongan mereka pada Aiman.