Trailer Disney’s Aladdin Terbaharu Ubah Persepsi Netizen Kepada Will Smith

476

Semalam Disney akhirnya telah melancarkan trailer filem Disney ‘s Aladdin di Youtube. Nampaknya reaksi dari netizen cukup positif terhadap trailer ini daripada teaser berdurasi 1 minit sebelum ini.

Pada trailer terbaru tersebut ada beberapa hal menarik telah dirungkai. Salah satunya adalah bahawa filem ini ada seakan-akan tema ala-ala ‘Bollywood’ dibanding dengan Arab.

Ditambah lagi ada adegan Genie seperti menari-nari macam dalam filem Bollywood. Pemilihan dari warna-warna props dan suasana juga lebih seperti berada di filem India.

Sekurang-kurangnya, pada trailer ini, Genie terlihat lebih baik daripada teaser berdurasi 1 minit sebelumnya. Will Smith terlihat serasi  memegang karakter Genie di sini, terlihat dengan bagaimana dia berinteraksi dengan Aladdin.

Di akhir trailer, nampaknya hal yang kita tunggu-tunggu dari filem adaptasi animasi klasik pada 1992 ini akan mereka ulang adegan Aladdin dan Jasmine yang menyanyikan lagu A Whole New World. Sepertinya, musik dan lagu di sini masih menjadi senjata utama Disney untuk menjual filem versi live action ini.

Aladdin versi live action akan ditayangkan di pawagam Malaysia pada 23 Mei 2019. Tak sabar kan?