Captain Marvel, filem superhero wanita pertama Marvel secara rasminya telah memecah rekod! Menurut media antarabangsa, filem ini mencatat rekod sebagai filem watak utama wanita yang mendapat kutipan tertinggi dalam sejarah.

Tewaskan Beauty And The Beast 

Filem itu yang menampilkan Brie Larson sebagai watak utama nya telah mencatat kutipan $455 juta di seluruh dunia pada pembukaannya pada Hari Wanita Sedunia. Rekod sebelum ini telah dipegang oleh filem Beauty and The Beast pada tahun 2017 yang menampilkan Emma Watson sebagai pelakon utama nya dengan kutipan $357 juta.

Jika dibandingkan mengikut kategori superhero, saingan terdekat Captain Marvel semestinya Wonder Woman yang dilakonkan oleh Gal Gadot. Namun kutipan filem itu pada minggu pembukaan hanya mencatat $103 juta kutipan, jauh ketinggalan di belakang Captain Marvel.

BACA  Klasik! Laman Web Captain Marvel Berubah Ke Era 90An

Catat Rekod Terbaik 

Dalam rekod lain, Captain Marvel turut mencatat sebagai pembukaan kedua tertinggi untuk penjualan buku komik filem, selepas Avengers : Infinity War yang mengaut keuntungan keseluruhan $640.5 juta kutipan.

Selain itu, filem ini juga berada di kedudukan keenam sebagai ‘best worldwide premiere of all time; dan kelima terbaik dalam best international opening weekend’ di hadapan Star Wars: The Force Awakens, yang mendapat kutipan $281 juta pada tahun 2015.