Ahad ini, 17 Mac merupakan tarikh yang begitu bermakna buat kedua-dua selebriti ini, Awi Rafael dan Atikah Suhaime apabila mereka bakal diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri.

Malah terdahulu, Awi begitu teruja menantikan hari bahagia mereka apabila dia akan menggunakan detik indah pada hari perkahwinannya itu untuk dimuatkan dalam muzik video single terbarunya bertajuk Rahasiaku. Malah lagu itu juga dicipta khas untuk bakal isterinya.

Atikah Umum Tidak Jadi Berkahwin 

Namun begitu, sesuatu yang mengejutkan telah dimuat naik Atikah menerusi laman Instagram nya. Menerusi perkongsian itu, kedua-dua mereka dikatakan terpaksa membatalkan hasrat mereka untuk berkahwin pada Ahad ini.

BACA  Kontroversi 5 Kes Putus Tunang Selebriti Yang Sukar Untuk Dilupakan

Meskipun sedih dengan keputusan itu, namun Atikah berterima kasih kepada penyanyi itu yang sering menjaga dan mengambil berat tentang dirinya selama menjadi tunangannya. Malah dia turut berharap hubungan mereka akan masih kekal baik pada masa akan datang.

Akaun Instagram Digodam 

Terbaru, posting tersebut telah pun dipadam Atikah sebelum memuat naik posting baharu yang mendakwa bahawa akaun Instagram nya telah digodam dan telah berjaya mendapatkannya semula. Bagaimanapun, ramai yang tertanya-tanya adakah benar akaunnya telah digodam dan menerusi komen di sebuah laman pojok pula mengandaikan bahawa kedua-dua mereka telah bergaduh sebelum Atikah memuat naik posting berkenaan.

Sehingga kini, Atikah mahupun Awi belum membuat kenyataan rasmi berkenaan dakwaan mereka tidak jadi berkahwin. Apa pun sama-sama kita doakan yang terbaik buat mereka dan semoga dipermudahkan segalanya.

BACA  Black Hanifah Menjalani Pembedahan & Perlu Berehat Selama Setahun