Siapa sangka bermula dengan cemuhan daripada netizen, perkongsian daripada primadona drama Melayu, Jasmin Hamid benar-benar menyentuh hati netizen.

Terguris Hati Gara-Gara Hinaan NetizenΒ 

Terdahulu, sejak beberapa hari yang lalu Jasmin akui hatinya terguris apabila terdapat kata-kata berbaur hinaan fizal terhadap anak perempuannya yang menyamakan wajahnya seperti seorang ‘maknyah’. Lebih menyedihkan menurut pelakon itu, kata-kata tersebut datangnya dari seorang wanita yang berhijab.

Bakal Ambil Tindakan

Nekad untuk mempertahankan anaknya, Jasmin bertegas akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya terhadap mana-mana pihak terus membuli anak perempuannya di media sosial. Kongsi Jasmin lagi, meskipun hanyalah anak angkat, namun tidak pernah sesekali dia membezakan kasih sayangnya dan begitu menyayanginya sebagai anak sendiri yang dijaganya sejak berumur empat tahun.

View this post on Instagram

Tidak pernah minta DI PUJI… Setiap IBU sudah pasti akan berkorban, membela nasib dan melindungi anak-anaknya walaupun hanya kerana SEEKOR NYAMUK.. Buruk atau cantik, saya tetap sayangkan dia hingga jannah.. Fisik bukan ukuran! Love my daughter so muchhhhh 😘.. Mohon Allah ketemukan anakku dengan seorang IMAM yang boleh membimbingnya ke jalan ALLAH dan bahagiakan anakku ini.. Hanya Allah sahaja yang akan memberikan GANJARAN buat si suami yang dapat membagiakannya dan membimbing anakku ini ke jalan ALLAH.. Mohon Allah panjangkan usia saya untuk saya melihat dia kahwin dan bahagia dengan lelaki yang baik dan soleh.. JODOH RAHSIA ALLAH.. . . @autumm_yopopp seorang anak yang sangat taat kepada ibubapa dan sangat penyayang.. Pada lelaki di luar sana, JANGAN SESEKALI kamu sakiti hatinya dan sia-siakan dia kerana dia adalah AMANAH ALLAH buat kami sekeluarga.. Jangan sesekali kau aniaya ANAK YATIM ini, apatah lagi MENCELA dia.. Ibu akan sentiasa berada di depan mu untuk pastikan kamu tidak di sakiti.. INI JANJI IBU PADA ALLAH.. . Pada umat MUSLIM, jangan biarkan MALAIKAT ATID sibuk mencatat kesalahanmu.. . #anakyatim #anak #daughter #love #lovetilljannah #suamisoleh

A post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh) on

Tambah Jasmin, kisah zaman kanak-kanak anaknya itu suatu ketika dahulu begitu menyayatkan hati sehingga mampu mengalirkan airmata.

BACA  Tahniah! Ayu Raudhah Selamat Melahirkan Cahaya Mata Keempat

Kisah Anak-Anak Beri InspirasiΒ 

Selain itu, Jasmin pernah berkongsi kisah mengenai dua lagi anaknya dimana salah seorangnya juga merupakan anak angkat yang dijaga Jasmin sejak kecil lagi. Biarpun bukanlah saudara kandung, menurut Jasmin hubungan mereka begitu akrab dan saling menyayangi antara satu sama lain.

Rata-rata netizen memuji sikap Jasmin yang begitu prihatin dan wajar dijadikan contoh buat masyarakat. Semoga ianya menjadi inspirasi buat ibu-ibu di luar sana!

BACA  Tahniah! Syamsul Yusof & Puteri Sarah Timang Cahaya Mata Kedua