Nama Mukesh Ambani menjadi sebutan selepas digelar sebagai Crazy Rich Mumbai sebelum ini. Terbaharu, orang kaya di India ini mengundang Maroon 5 di sebuah pesta sempena meraikan hari pernikahan anaknya.

Mukesh Ambani mengadakan pesta pernikahan anak lelaki pertamanya, Akash Ambani di Mumbai, India, (9/3/2019). Akash Ambani menikahi tunangannya Shloka Mehta penuh dengan upacara dan resepsi mewah layaknya seperti anak raja.

Seperti dilaporkan oleh Gulfnews.com, pasangan ini sebelumnya melangsungkan pesta pra-pernikahan di Swiss.

Maroon 5 bersama vokalisnya Adam Levine membuat persembahan di upacara dan pesta pernikahan Shloka dan Akash yang berlangsung di Jio World Centre, Bandra Kurla Complex, Mumbai, India.

Anak lelaki Mukesh Ambani ini masih berusia 27 tahun dan memegang jawatan yang tinggi dalam syarikat. Akash Ambani menduduki jawatan sebagai Pengarah Reliance Retail Limited dan Reliance Jio Infocomm Limited.

BACA  [VIDEO] Badan Hairul Azreen Cedera Ketika Penggambaran 'WIRA'

Manakala isteri dari Akash Ambani ini merupakan anak perempuan dari pasangan usahawan berlian ternama India, Russell Mehta.  Namanpun orang terkaya di Mumbai, Mukesh Ambani mempunyai ramai rakan baik dari kalangan selebriti mahupun para CEO perniagaan ternama nih. Bayangkan tetamu undangannya dari Shahrukh Kan, Abhishek Bachchan, Ranbir Kapoor, Aishwarya Rai hingga Priyanka Chopra, turut hadirdi pesta pernikahan Crazy Rich Mumbai ini.

Pada tahun lepas, Mukesh Ambani mengundang Beyonce buat pesta pernikahan anak perempuannya Isha. Maroon 5 menyanyikan lagu-lagu seperti “Sugar”, “Girls Like You”, dan “What Lovers Do” dihadapan tamu undangan dan kedua mempelai. Bayangkan, dengan mengundang Maroon 5 berapa agaknya kena bayar kan?

BACA  Adegan Seks 'Panas' Menjadikan 6 Filem Bollywood Ini Berjaya