Semua sedia maklum tentang perkahwinan Awi Rafael bersama Atikah Suhaime yang dijadualkan bakal berlangsung pada 17 Mac 2019 (Ahad) ini telah dibatalkan di atas sebab-sebab yang tertentu.

IKLAN

Berbagai-bagai spekulasi dari netizen tentang punca pasangan ini membatalkan  perkahwinan, namun sehingg artikel ini ditulis, masih belum ada lagi kenyataan rasmi dari pihak mereka.

Walaubagaimanapun, di dalam ruangan komen di Instagram, terlihat bapa Atikah iaitu Suhaime Jamali memperbetulkan punca sebenar mengapa perkahwinan ini dibatalkan.

Kata Suhaime, tindakan yang diambil sebenarnya adalah dari keputusannya sendiri bukannya Awi yang membatalkan perkahwinan ini.

“Saya bapa Atikah Suhaime, nak perbetulkan, majlis (Pernikahan Awie dan Atikah) bukan Awi batalkan tapi saya yang batalkan” – katanya di ruangan komen

Dalam komen yang lain,  Suhaime memberitahu bahawa Awi dan sekeluarga tidak boleh menerima kemahuan yang diinginkan untuk masa depan anak perempuannya.

BACA  Nikita Mirzani Tak Kisah Bekas Suami Bercinta Dengan 'Mak Nyah'

Terdahulu, pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 17 Mac tahun lalu malah Awi sebelum ini turut meluahkan hasrat untuk merakamkan detik perkahwinannya pada Ahad ini untuk dimuat naik dalam lagu terbaharunya yang juga buah tangan buat bakal isterinya itu.

Sebagai peminat Awi Rafael dan Atikah, seharusnya kita memberi ruang dan masa kepada mereka sebelum beliau dapat menjawab apa-apa persoalan atau membuat kenyataan yang seterusnya.