Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) mengucapkan penghargaan kepada YB Gobind Singh, Menteri Komunikasi & Multimedia Malaysia diatas pengumuman dan lantikan En Ahmad Idham Ahmad Nazri sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) berkuat-kuasa hari ini.

View this post on Instagram

KENYATAAN MEDIA SYABAS AHMAD IDHAM, KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF FINAS 14 Mac 2019, Kuala Lumpur. Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) mengucapkan penghargaan kepada YB Gobind Singh, Menteri Komunikasi & Multimedia Malaysia diatas pengumuman dan lantikan En Ahmad Idham Ahmad Nazri sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) berkuat-kuasa hari ini. “Sesungguhnya lantikan bagi jawatan peneraju utama FINAS ini telah lama dinantikan dan pemilihan Ahmad Idham adalah tepat berdasarkan pengalaman, pengetahuan serta kesungguhan beliau dalam membangunkan industri perfileman tanahair.” ujar Dato’ Norman Abdul Halim, Presiden PFM. PFM akan memberi kerjasama dan sokongan penuh kepada Ahmad Idham dan tenaga pengurusan FINAS demi memacu era baru industri perfileman tempatan. Syabas dan tahniah kepada Ahmad Idham. Semoga lantikan ini akan membuka lembaran baru bagi warga industri. Dato’ Norman Abdul Halim Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) @ahmad_idham @finasmalaysia

A post shared by Norman Abdul Halim (@norman_abdhalim) on

“Sesungguhnya lantikan bagi jawatan peneraju utama FINAS ini telah lama dinantikan dan pemilihan Ahmad Idham adalah tepat berdasarkan pengalaman, pengetahuan serta kesungguhan beliau dalam membangunkan industri perfileman tanahair.” ujar Dato’ Norman Abdul Halim, Presiden PFM.

PFM akan memberi kerjasama dan sokongan penuh kepada Ahmad Idham dan tenaga pengurusan FINAS demi memacu era baru industri perfileman tempatan. Syabas dan tahniah kepada Ahmad Idham. Semoga lantikan ini akan membuka lembaran baru bagi warga industri.

Ahmad Idham yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) mempunyai kepakaran serta pengalaman dalam industri kreatif sebagai pelakon, pengarah dan penerbit selama lebih 25 tahun.

Beliau juga pernah mencatat rekod dan menerima pelbagai anugerah di dalam dan luar negara.

Artikel SebelumnyaBapa Atikah Suhaime Buka Mulut Dedah Punca Batal Perkahwinan
Artikel SeterusnyaRamai Yang Tidak Puas Hati Ahmad Idham Dilantik Sebagai CEO FINAS?
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.