Selepas sinopsis terbaharu Avengers : EndGame diterbitkan, trailer dan poster terkini filem adiwira Marvel itu turut dipertontonkan secara rasminya semalam. Melihatkan pada terbitan terbaharu itu, rata-rata peminat begitu teruja untul menonton filem yang berbaki kurang dari sebulan tayangannya serentak pada 24 April kelak.

IKLAN

Poster Terkandung Ahli Avengers Baharuย 

Meskipun begitu, netizen mula membuat spekulasi tersendiri apabila melihat tontotan trailer dan poster Avengers ini. Manakan tidak, pada poster itu terlihat tiga watak adiwira Marvel sebelum ini termasuk yang terbaharu, Captain Marvel di sisi Okoye dan Nebula sekali gus melengkapkan sebagai pasukan baharu ‘Avengers’.

Ramai yang tertanya dan mungkin ada yang sudah mengetahui mengapakah Black Panther, Spiderman, Dr Strange, Scarlett Witch, Winter Soldier, Vision, Loki, Gamora, Groot, Nick Fury dan Star Lord tiada di dalam poster tersebut. Ini kerana pada siri Avengers terdahulu ada diantara mereka yang mati dibunuh oleh Thanos dan kebanyakkannya juga dikatakan ‘mati’ selepas penjahat itu memetik jari yang menghilangkan mereka serta mereka.

BACA  Da'i Wan Dazrin Minta Netizen Bersabar Isu Nur Sajat

Avengers Ke Quantum Realm?ย 

Pada trailer terbaharu pula, peminat seakan kecewa kerana ianya banyak menunjukkan imbas kembali perjuangan watak-watak Avengers dalam siri terdahulu, barangkali ianya sengaja dibuat oleh Marvel untuk membuatkan peminat ternanti-nanti akan tayangan sebenar yang dijangka berdurasi selama tiga jam.

Namun begitu, ada satu petunjuk besar yang ditunjukkan dalam trailer ini dimana pejuang Avengers yang masih hidup telah memakai satu pakaian seragam khas yang sama dan kemunculan Ant-Man yang dahulunya terperangkap dalam Quantum-Realm. Dengan petunjuk ini, peminat membuat spekulasi bahawa mereka akan masuk ke dalam Quantum-Realm ini dan ke masa dahulu untuk bertarung dengan Thanos. Adakah benar spekulasi ini? Nantikan April hadapan!