Suatu ketika dahulu, kumpulan Newboyz antara kumpulan penyanyi lelaki yang begitu popular. Malah lagu-lagu hits mereka seperti Sejarah Mungkin Berulang, Meraung, Kejora masih lagi menjadi siulan anak muda terutama buat mereka yang lahir sekitar 90-an.

View this post on Instagram

sapa ada buat buku macam ni dulu? #throwback #newboyz ❤️

A post shared by Tomok (@tomokofficial) on

Peminat Akui Pernah Baling Telur 

Terbaru, penyanyi Tomok yang juga vokalis utama Newboyz suatu ketika dahulu telah mendedahkan sesuatu mengenai peminatnya.Menurut Tomok menerusi media sosialnya memberitau terdapat seorang peminat yang akui pernah membaling telur kepada kumpulan mereka ketika sedang mengadakan persembahan di Plaza Kota Tinggi, Johor sekitar tahun 1999.

Akuinya lagi, tujuan dia dan rakan-rakan membaling telur adalah kerana ingin sabotaj persembahan Tomok dan rakan-rakan ketika itu.

Tomok Sudah Maafkan Peminat

Bagaimanapun, menurut peminatnya itu yang dikenali sebagai Kamarul Ariffin memberitahu selepas daripada perbuatannya itu, dia secara tiba-tiba mula meminati kumpulan Newboyz.

Dikesempatan itu juga, meskipun sudah hampir 20 tahun peristiwa itu berlalu, dia ingin memohon maaf kepada Tomok dan Kumpulan Newboyz diatas perbuatannya bersama-sama rakan suatu masa dahulu.

Malah jelas Tomok, dia sudah pun memaafkan peminatnya itu dan menganggap setiap manusia biasa pasti tidak akan lari daripada kesilapan.